fairtrade | perdagangan saksama | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja. |
fair-share plan | rangsangan saksama | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu konsep dalam perancangan yang memastikan setiap golongan masyarakat mendapat bahagian yang saksama. |
just compensation | pampasan saksama | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
social justice | keadilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Layanan saksama yang diberikan kepada setiap individu atau masyarakat tanpa mengira kaum, daerah atau keturunan. Semua kaum memiliki kedudukan yang sama di bawah pentadbiran kerajaan, undang-undang atau kebajikan. Setiap kelompok memiliki kebebasan untuk hidup aman, bekerja, mengamalkan agama dan menggunakan bahasanya sendiri tanpa larangan, sekatan atau sebarang gangguan. Kebanyakan parti sosialis meletakkan prinsip asas mereka kepada perjuangan keadilan sosial kerana menolak sebarang penindasan oleh golongan atasan. |
gender diversity | kepelbagaian jantina | Sosiologi | Tiada | Suatu keadaan yang adil dan saksama bagi menerangkan identiti individu daripada pelbagai jenis jantina. |
net neutrality | keneutralan rangkaian | Teknologi Maklumat | Tiada | Prinsip bahawa pembekal perkhidmatan Internet (ISP) harus memberikan akses secara saksama dan terbuka kepada pengguna untuk semua kandungan dan perkhidmatan dalam talian. |
animal breeding | pembiakbakaan haiwan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu cabang sains haiwan yang menekankan penilaian menggunakan kaedah ramalan saksama linear terbaik atau cara lain untuk menilai genetik ternakan. Sains pembiakbakaan haiwan didefinisikan sebagai penggunaan prinsip genetik dan biometri untuk mempertingkat kecekapan pengeluaran haiwan ternakan. Pembiakbakaan haiwan juga melibatkan proses mengawan terpilih haiwan yang mempunyai ciri genetik yang diingini untuk mengekalkan atau mempertingkat ciri ini pada generasi akan datang. Contohnya, kadar tumbesaran, penghasilan daging, susu dan telur. |
normative economics | ekonomi normatif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan. |
utopianism | utopianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia. |
administrative law | undang-undang pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undang-undang yang berkaitan dengan kuasa, kewajipan dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran. Undang-undang ini merujuk kepada peraturan yang mesti diamalkan oleh badan pentadbiran sewaktu membuat keputusan. Undang-undang ini perlu untuk memastikan keputusan yang dibuat itu adil dan saksama. Contohnya, di Malaysia undang-undang pentadbiran termaktub dalam perlembagaan. |