Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pembalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong; ~ bunga kecubung yg terdapat pd bahagian luar kelopak bunga, kaliks (bunga); ~ surat sampul surat; bersalut 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~ ikhlas; seruku riang ~ jenaka; menyalut membalut, membungkus, menyam-pul: gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak; menyaluti menjadi sbg salut pd, membaluti: tepung ubi ~ kesemua kepingan keladi; salutan sesuatu yg digunakan utk menyalut; penyalutan perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau menyaluti sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
salut (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pemalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, sepuh, selaput;,
Kata Terbitan : bersalut, menyalut, salutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coatsalutKesenianHiasan DalamanLapisan penyudah seperti cat, lepa, mortar dan sebagainya yang digunakan pada dinding atau lantai.
gildingsalut emasKesenianHiasan DalamanSeni atau kerja untuk menghasilkan daun emas atau tepung emas pada sebarang permukaan untuk suatu keadaan yang kelihatan seperti emas. Daun emas yang nipis digunakan sebagai kemasan pada permukaan besi atau kayu.
coating pankawah salutSains KesihatanTiadaAlat berbentuk kuali besar yang digunakkan untuk menyalut tablet.
varnishvarnisKesenianHiasan DalamanSalut pelindung yang nipis dan lut yang dibuat daripada resin, damar asli atau tiruan yang digunakan dalam proses pengemasan pada kayu atau logam.
diffusion coatingsalutan baurKejuruteraanTiadaSalutan yang terhasil pada suhu tinggi dengan cara pembauran di antara bahan salut atau komposit dengan logam induk.
myelinizationkemielinanSains SukanBiomekanikLapisan yang menyelaputi akson pada neuron bagi membolehkan neuron berfungsi untuk mengkonduksi impuls saraf. Lapisan yang disebut sebagai salut mielin ini menyelaputi struktur akson bagi membolehkan impuls saraf bergerak dengan lebih cepat.
herbal pastepes herbaHerbaTiadaSediaan bahan herba separa pepejal yang dihasilkan untuk kegunaan luaran yang berbeza dengan ubat sapu dan gel kerana mengandungi kadar serbuk halus yang tinggi. Bahan dasar pes yang digunakan ialah parafin atau gliserol. Sifat kekukuhannya membuatkan pes berguna sebagai bahan salut pelindung.

Kembali ke atas