diffusion coating | salutan baur; salut baur | Kejuruteraan | Tiada | 1. Salutan baur: Salutan yang terhasil pada suhu tinggi dengan cara pembauran di antara bahan salut atau komposit dengan logam induk. |
high density averlay | salutan atas ketumpatan tinggi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Salutan atas mengandungi antara 45 antara 55 peratus resin fenolik yang disalutkan pada permukaan papan panel untuk kegunaan luar. Permukaan yang terhasil biasanya licin dan lutcahaya. Salutan ini rintang terhadap lembapan dan bahan kimia, dan digunakan dengan meluas pada papan penutup, papan tanda, dan permukaan meja. Salutan ini tidak memerlukan perekat tambahan semasa dipasang. |
phosphate coating | salutan fosfat | Kejuruteraan | Tiada | Salutan penukaran pada logam, biasanya keluli, dihasilkan dengan mencelupnya ke dalam larutan berair fosfat asid manganes atau zink. |
epoxy coat | salutan epoksi | Kesenian | Tiada | Salutan yang diperbuat daripada bahan plastik. |
anticorrosive coating | salutan cegah hakisan | Kesenian | Tiada | Salutan yang dapat menahan permukaan benda kerja daripada berkarat. |
organic coating | salutan organik; penyalutan organik | Kejuruteraan | Tiada | Salutan berupa cat atau varnis pada permukaan, untuk kesan hiasan atau menambahkan rintangan hakisan. |
dust collecting coating | salutan kumpul habuk | Kesenian | Tiada | Salutan yang membolehkan habuk melekat padanya dengan mudah. |
thermal-barrier coating | salutan sawar terma | Kejuruteraan | Tiada | Salutan nipis pada bahan untuk menghalang haba daripada mengalir ke dalam bahan tersebut. |
fuel rod coating | salutan rod bahan api | Kejuruteraan | Tiada | Salutan di antara rod bahan api dan kaleng, untuk mengelakkan bahan api daripada bertindak dengan kaleng. |
medium density overlay | salutan atas ketumpatan sederhana | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Salutan atas yang mengandungi antara 20 hingga 25 peratus resin fenolik yang disalutkan pada papan panel. Permukaan yang terhasil adalah lebih legap dan boleh dicat. Pemasangannya pada permukaan panel m,emerlukan perekat adalah lebih legap dan boleh dicat. Pemasangannya pada permukaan panel memerlukan perekat tambahan. Kegunaan utama saluran atas ini adalah papan tanda jalan dan dinding luar. |