[sang.si] | سڠسي
Definisi : = bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sang.si] | سڠسي
Definisi : IB 1. pengakuan sudah sah (diluluskan dll), perbuatan meluluskan, pengesahan (oleh parlimen dll); 2. tindakan (kuasa dll) utk memaksa orang menepati perjanjian dll; 3. tindakan dlm hal ekonomi dll sbg hukuman terhadap sesuatu negara (spt pemulauan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sang.si] | سڠسي
Definisi : berasa bimbang atau berasa ragu-ragu: Saya masih ~, adakah dia betul-betul mahu menyertai syarikat kita. menyangsikan 1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya. 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; meragukan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya. kesangsian keadaan atau rasa sangsi; keraguan. penyangsian perbuatan, hal dsb sangsi atau menyangsikan. penyangsi (orang yg) selalu atau mudah sangsi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)