Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iluminated manuscriptmanuskrip berhiasKesusasteraanTiadaBahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas.
literary disseminationpenyebaran sasteraKesusasteraanTiadaPemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat.
indeterminacyketidaktetapanKesusasteraanTiadaKetidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural.
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme.
decontructive criticismkritikan dekonstruktifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera berdasarkan penggunaan bahasa untuk pembinaan makna. Kritikan dekonstruktif bukan untuk mengenal pasti makna teks yang tulen tetapi untuk menganalisis bagaimana bahasa dan retorik boleh menjana dan menetapkan kedudukan hierarki makna yang pelbagai. Cara ini tidak membenarkan kewujudan makna yang mutlak atau interpretasi yang betul, sekali gus menolak konvensi dan tradisi yang telah lama diguna pakai. Kritikan dekonstruktif memindahkan perhatian pengkritik daripada faktor luaran teks kepada aspek dalam teks (subteks). Kritikan ini menjadi fokus dan dasar kritikan pascastrukturalisme. Lihat juga kritikan pascastrukturalis.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.
romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia � 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote � 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik � kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud �lirik roman istana�.
apparatus criticuskritikus aparatusKesusasteraanTiadaKaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau struktur ayat. Pengkaji juga boleh mengemukakan bukti kukuh tentang kesalahan yang terdapat dalam naskhah (kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh penyalin), terutamanya wujud unsur kesilapan ejaan, penggantian perkataan, perulangan, kehilangan maklumat, dan sebagainya. Kritikus aparatus sangat penting kerana edisi, transliterasi, atau transkripsi naskhah yang dilakukan darpat dipertahankan kesahihannya, khususnya dalam usaha untuk mendapat suatu edisi yang bersifat ilmiah. Suatu edisi naskhah yang tidak memperlihatkan kritikus aparatus yang baik dan menjdikan edisi tersebut kurang berwibawa dan sering menimbulkan persoalan kepada para pembaca. Contoh kritikus aparatus yang baik dapat dilihat dalam transkripsi teks Sejarah Melayu oleh Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan transkripsi Syair Bidasari yang diusahakan oleh Jamilah Hj. Ahmad (1989). Contoh dalam sastera Arab ialah Kitab al-Tashbihat diusahakan oleh M. �Abd. Al,mu�id Khan dalam sastera Parsi, transkripsi teks Gulistan-i Sa�di diusahakan oleh Ghulam Husayn Yusufi, dan dalam sastera Turki, transkripsi teks Idahu�?-Hikem diusahakan oleh Bilal Kuspinar. Lihat juga anotasi.
annotationanotasiKesusasteraanTiadaCatatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks.
nouveau romannouveau romanKesusasteraanTiadaGerakan di Perancis pada dekad 40-an hingga 60-an yang mempertikaikan bentuk novel konvensional. Gerakan ini rata-ratanya bersifat realistik dan menekankan plot, perwatakan, naratif dan sebaliknya. Gerakan ini membawa kelainan dan perubahan yang bersifat inovatif dalam struktur novel yang diterima pakai pada masa kini, di samping mendobrak tanggapan dan andaian khalayak terhadap bentuk sebuah novel. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuklah menekankan kelencongan bahasa untuk tujuan mengetengahkan kepentingan bahasa dalam novel, serta memperakukan dengan jelas sifat kecerekaan sesebuah naratif. Hal ini berbeza dengan konsep novel dewasa yang menerima bentuk novel sebagai rakaman kenyataan atau gambaran kenyataan yang tepat. Salah seorang penulis yang mencetuskan gerakan ini ialah Alain Robbe-Grillet dalam tulisannya For A New Novel yang menjelaskan bahawa tujuan novel baharu ini adalah untuk �meninggalkan bentuk lama novel�. Penulis lain yang turut menyumbang kepada gerakan ini ialah Michel Butor, Claude Maurice, marguerite Dumas, Nathalie Sarraute dan sebagainya. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Burok oleh Rahman Shaari. Istilah nouveau roman berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �novel baharu�. Lihat juga antinovel, avant-garde, metafiksyen.
12

Kembali ke atas