junta | junta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa. |
immediate vesting | letak hak serta-merta | insurans | Tiada | Hak pekerja terhadap faedah pelan pencen bermula sebaik sahaja ia menganggotai pelan berkenaan. |
real-time analysis | analisis masa sebenar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Analisis terhadap data sebaik sahaja data tersebut diperoleh. Pengguna akan mendapat gambaran yang pantas dan/atau mampu membuat kesimpulan secara serta-merta terhadap sesuatu situasi. Contohnya, bacaan indeks pencemaran udara yang dipaparkan serta-merta dalam aplikasi mudah alih. |
spermatozoa fertilizing capacity | keupayaan pensenyawaan spermatozoa | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kebolehan spermatozoa untuk mensenyawakan ovum. Keupayaan pensenyawaan spermatozoa ini berlaku sebaik sahaja berada di dalam organ pembiakan betina. Lazimnya, spermatozoa yang dilepaskan di dalam vagina akan bergerak ke arah oviduk untuk mensenyawakan ovum. Semasa pergerakan ini, spermatozoa akan mengalami perubahan biokimia dan akan terkapasitasi untuk mensenyawakan ovum. |
CIF | CIF | Ekonomi | Tiada | Singkat bagi Cost, Insurance, and Freight yang membawa maksud bahawa kos, insurans, dan belanja pengangkutan dibayar oleh pengimport sebaik sahaja barang tiba di negara pengimport. Dalam merekodkan urus niaga import-eksport, data eksport selalunya dicatat FOB dan data import dicatat CIF. Catatan import CIF meliputi kos barang import dan juga perbelanjaan insurans dan kos pengangkutan bagi barang tersebut. |
joint life annuity | anuiti hayat bersama | insurans | Tiada | Polisi yang membayar faedah selagi dua anuitan atau lebih masih hidup dan akan berhenti sebaik sahaja salah seorang mati. |
open-loop control | kawalan lingkaran terbuka | Sains Sukan | Biomekanik | Mekanisme kawalan motor manusia, apabila semua maklumat perlu dimulakan dan dirancang untuk memulakan pergerakan. Sebaik sahaja pergerakan bermula, pergerakan tersebut akan mengikut arahan asal dan tiada perubahan berlaku ke atas pergerakan. Mekanisme ini melibatkan jenis pergerakan yang pantas. Contohnya, seorang penjaga gol yang menangkap bola yang ditendang dengan pantas. |
objective correlative | kolelatif objektif | Kesusasteraan | Tiada | Objek luar yang menjadi padanan kepada perasaan dalaman. Sesuatu peristiwa, pemandangan, situasi, dan objek luaran dilihat mampu merangsang emosi atau mood, berbanding dengan ekspresinya secara langsung. Dalam hal ini, sebaik sahaja objek luaran itu ditanggapi indera, maka emosi akan terangsang serta-merta. Istilah ini dipopularkan oleh penyair Inggeris, T.S. Eliot dalam eseinya berjudul �1919� tentang drama Hamlet. |
absorption muffler | peredam bunyi penyerapan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat dalam sistem ekzos yang membenarkan gas hasil pembakaran mengalir melaluinya untuk memperlahan hingar ekzos. Hingar ini terjadi daripada luruan gas bertekanan tinggi yang keluar dari kebuk pembakaran sebaik sahaja injap ekzos dibuka. Alat ini terdiri daripada bekas yang mengandungi laluan berlubang dan kebuk yang laluannya bersekat. Sinonim penyenyap, peredam bunyi. |
joint float | apungan bersama | Ekonomi | Tiada | Sistem yang digunakan oleh sekumpulan negara untuk menetapkan kadar pertukaran mata wang sesama mereka. Bagaimanapun kadar pertukaran ini dibenarkan berbeza dalam julat tertentu. Kadar pertukaran mata wang negara kumpulan dengan negara luar dibenarkan fleksibel, dan ditentukan di pasaran pertukaran asing. Sistem ini diamalkan oleh negara-negara Eropah sebaik sahaja sistem Bretton Woods dimansuhkan dalam tahun 1973. |