Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dia] | سديا

Definisi : 1. memang ada (sejak dr mula atau dahulu), yg asal (sudah-sudah, dahulu), semula: Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura; 2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya): yg hidup itu ~ akan mati juga sudahnya; ke­gemar-annya tetap macam ~; 3. siap (utk berbuat sesuatu), mustaid: tetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang; 4. sanggup dan rela (mahu), sudi: Amerika ~ mengi­rimkan rombongan itu pd bila-bila masa sahaja; 5. telah sudah: Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang; sedianya sememangnya, sebetulnya, se­patutnya, jangkanya: ~ hamba hendak ke rumah Tuan; bersedia 1. bersiap (utk melakukan sesuatu, menanti, dll): ~ utk menghadapi musuh; 2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri: ia sedang ~ utk berangkat; 3. rela dan sanggup: ~ menolong orang miskin; kebersediaan perihal (keadaan) bersedia: ~ utk tolong-menolong; menyediakan 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ panca­persada; 3. mencukupkan (wang dll): ~ wang utk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu utk), mengatur, me­nyusun: wakil itu ~ kenderaan utk membawa mereka ke asrama yg dikhaskan; tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; ketersediaan keadaan tersedia: ~ indeks; kesediaan perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan ~ utk ber-juang demi bangsa dan negara; persediaan 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); penyedia orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dia] | سديا

Definisi : 1 selesai dibuat; sudah jadi; siap: Makanan sudah ~ di meja. Rumahnya sudah ~, tetapi pagarnya belum. 2 sanggup dan cekap melakukan sesuatu dll: Jika tuan-tuan memerlukan sebarang bantuan, kami ~ membantu. 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. 4 memang begitulah keadaannya dll; memang se­la­lu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya. bersedia 1 ber­siap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. menyediakan 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. 2 membuat sesuatu supaya siap; menyiapkan: Ibu sedang ~ makanan di dapur. sediaan bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. ke­sediaan hal atau keadaan sedia; ke­­­sang­­gupan: ~ tuan utk membantu sangat­lah kami hargai. persediaan 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. penyediaan perbuatan atau hal menyediakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Laksana barang derham,
     sedia ada suratan Istanbul.

Bermaksud :

Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
standing heatbiang sediaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang sedia menerima haiwan jantan untuk mengawan. Lazimnya biang sedia ditunjukkan semasa dalam fasa estrus. Tanda yang ditunjukkan oleh haiwan betina semasa biang sedia ialah berdiri diam apabila dipanjat oleh haiwan jantan.
available seat milebatuan tempat duduk sedia adaPelanconganTiadaJumlah muatan penumpang dalam sesuatu penerbangan bersamaan dengan bilangan tempat duduk yang sedia ada dan kemudian didarab dengan jumlah batuan perjalanan udara.
existing product registration holderpemegang pendaftaran produk sedia adaHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat atau perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan pengguna sistem pendaftaran produk dan perlesenan (QUEST) yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pemegang pendaftaran produk sedia ada diberi kuasa untuk memasarkan produk berdaftar di Malaysia.
Varian of High Consequence (VOHC)Varian Bernatijah TinggiKesihatan AwamTiadaVarian COVID-19 yang mempunyai ciri-ciri seperti tidak dapat dikesan melalui ujian pengesanan sedia ada. Kebanyakan rawatan dan vaksin sedia ada tidak berkesan untuk melawan varian ini. Varian ini boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk dan kadar kemasukan ke hospital yang lebih tinggi.
hot standbysiap sedia panasTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerihal menyediakan keupayaan sandaran atas talian dengan memasang sistem replika yang mengandungi semua aktiviti dan aliran data sistem komputer asal. Sistem replika ini bersedia mengambil alih semua fungsi sistem asal sekiranya berlaku kerosakan yang tidak dijangkakan.
existing developmentpembangunan sedia adaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
available voltagevoltan boleh sediaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaVoltan maksimum yang mampu dihasilkan dalam sistem pencucuh.
camera ready copynaskhah sedia kamera-TiadaBahan terakhir yang digunakan untuk penyediaan filem atau plat sebelum dicetak.
existing use rentsewa kegunaan sedia adaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
existing-use valuenilai gunaan sedia adaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas