implied reader | pembaca tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Pembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani. |
civil service restructuring | penstrukturan semula perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses penyusunan dan pengemaskinian struktur perkhidmatan awam yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih cekap, efisyen, efektif dan terkini. Proses ini melibatkan penutupan beberapa agensi yang bertindih dan kurang cekap serta penyusunan semula beberapa agensi agar sesuai dengan fungsi dan objektif baru. Beberapa agensi baru telah ditubuhkan seperti Biro Pengaduan Awam (BPA), Ruangan Pendapat Pembaca di akhbar tempatan dan talian aduan yang memberi ruang kepada orang ramai untuk menyampaikan maklum balas, aduan, teguran dan cadangan. Di samping itu, beberapa kementerian dan jabatan baru telah ditubuhkan serta distrukturkan semula sesuai dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam. |