Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Kalanchoe laciniata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anorajaket anoraKesenianTiadaJaket paras pinggang atau paras pinggul, bercerut di kelepet dan berkerudung serta berzip di hadapan. Adakalanya dilapik dengan fabrik benang sayat dan dipakai untuk bersukan pada musim sejuk. Mula diperkenalkan pada Perang Dunia II oleh juruterbang. Berasal dari Greenland.
anorakjaket anorakKesenianTiadaJaket paras pinggang atau paras pinggul, bercerut di kelepet dan berkerudung serta berzip di hadapan. Adakalanya dilapik dengan fabrik benang sayat dan dipakai untuk bersukan pada musim sejuk. Mula diperkenalkan dalam Perang Dunia II oleh juruterbang dan jaket ini berasal dari Greenland.
hydrometeorhidrometeorMeteorologiMeteorologi PerhubunganHasil pemeluwapan atau pemejalwapan wap air dalam atmosfera, baik yang terbentuk di dalam atmosfera bebs atau di permukaan bumi; juga zarah-zarah air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan bumi. Hidrometeor dikelaskan menurut pelbagai cara. Contohnya seperti yang berikut: i. Zarah cecair atau pepejal yang terbentuk dan terampai diudara: misalnya, jerebu lembp, awan, kabut, kabut ais, dan kabus; ii. kerpasancair: misalnya, gerimis dan hujan; iii. kerpasan sejuk beku: gerimis sejukbeku dan hujan sejuk beku; iv. kerpasan pepejal: gentelan ais, hujan batu, gentelan salji,dan hablur ais. v. jatuhan zarah-zarah yang meluap sebelum sampai ke tanah virga; vi. zarah air sama ada cecair atau pepejal yang terangkat oleh angin dari permukaan bumi: salji layang, salji terbang, percikan terbang; vii. umpukan air sama ada cecair atau pepejal pada objek yang terdedah; embun, rime, ibun beku, dan ais jernih.
saponinsaponinHerbaFitokimiaSebatian glikosida terbitan triterpena tetrasiklik seperti steroid atau pentasiklik seperti lupeol dan amirin. Sebatian ini mempunyai ciri bersifat sabun. Kebanyakan dakwaan aktiviti biologi seperti antiradang, antidiabetes, antilebam dan perangsang imun dikaitkan dengan kehadiran sebatian ini dalam tumbuhan tertentu. Saponin bersifat hemolitik dan toksik kepada kebanyakan haiwan berdarah sejuk. Contoh sebatian saponin ialah entadasaponin II yang terdapat dalam kulit pokok beluru.
special weather observationpencerapan cuaca khususMeteorologiMeteorologi PerhubunganPencerapan cuaca penerbangan yang dilakukan untuk melaporkan perubahan bererti satu atau beberapa unsur cuaca yang dicerap sejak laporan terakhir. Ciri-ciri khusus pencerapan ini boleh berubah dari masa ke masa. Pencerapan ini biasanya merangkumi: i. perubahan siling dan ketampakan bererti, terutamanya pada aras dan jarak yang terendah; ii. kehadiran awan rendah; iii. kewujudan dan berakhirnya tornado dan ribut petir; iv. peringkat awal dan akhir kerpasan sejuk beku; v. perubahan mendadak tekanan; vi. perubahan bererti angin.
local windsangin setempat (local winds)MeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga.

Kembali ke atas