Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ma] | سلاما

Definisi : 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ma] | سلاما

Definisi : sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Baik-baik jaga kemudi,
     Kita tahu pergi kuala;
Selama banyak kain berkodi,
     Songket di gedung jarang jumpa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Selama enggang mengeram.

Bermaksud :

Lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perpertuityselama-lamanyaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
in perpetuityuntuk selama-lamanyaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
reversion to perpetuitypengembalian selama-lamanyaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
years purchase perpetuityangka belian tahunan selama-lamanyaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
happy hourmasa riang ria/waktu riaPerniagaanTiadaTempoh selama satu jam atau lebih yang diperuntukkan untuk pemberian percuma, tiket atau faedah lain kepada pelanggan atau pengunjung.
swing districtwilayah berpindahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang selama ini merupakan kubu kuat kepada sesuatu parti dan secara tiba-tiba berpindah sokongan kepada parti lain. Secara tradisinya wilayah ini akan memberi sokongan kepada parti tersebut untuk terus menang dalam sebarang pemilihan pada setiap pilihan raya. Apabila kawasan ini berpindah sokongan kepada parti lain, maka ia disebut sebagai wilayah berpindah. Contohnya, negeri Terengganu pada pilihan raya 1999 dapat dianggap sebagai wilayah berpindah apabila rakyatnya menukar sokongan kepada parti PAS.
pasteurizationpempasteuranKejururawatanTiadaPendedahan makanan kepada suhu 65�C selama 30 minit dan diikuti dengan pendinginan yang cepat untuk memusnahkan mikroorganisma.
insomniagangguan tidurHerbaFitoterapiKesukaran tidur atau tidur yang terganggu selama tempoh yang sepatutnya.
climactericputus haidPerubatanPsikiatriTerhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pada sekitar umur 50 tahun.
zoeazoeaPerikananAkuakulturPeringkat kedua larva udang yang mengambil masa selama 3 – 5 hari dalam proses perkembangan larva. Larva mula memakan diatom dan naupli artemia sebagai sumber makanan. Pada peringkat ini mata akan terbentuk dan badan mula memanjang.
123456

Kembali ke atas