Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) sl badan, tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : /seléra/ 1 kemahuan atau ke­inginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
appetizerpembuka seleraSains KesihatanTiadaMakanan atau minuman yang dapat membuka selera.
appetite centrepusat seleraKejururawatanTiadaSekumpulan neuron di hipotalamus lateral yang meningkatkan selera makan.
food pornfoto selera sajiFotografiTiadaGambar hidangan makanan yang dipersembahkan dengan cara yang sangat menarik dan membuka selera makan orang yang melihatnya.
food courtmedan seleraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
polyphagiapolifagiaPerubatanPsikiatriSelera makan yang kuat terhadap pelbagai jenis makanan.
anorexiaanoreksiaKejururawatanTiadaKehilangan selera makan.
anorecticanorektikHerbaTiadaHerba yang mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah asam keping, efedra dan guarana.
anorexiaanoreksiaSains KesihatanTiadaKeadaan yang menunjukkan kurang atau hilang selera makan.
bulimiabulimiaSains KesihatanTiadaGanggunan makan yang menyebabkan seseorang individu tersebut merasa selera makannya, tidak puas tetapi takut berlaku peningkatan berat badan jika makan berlebihan. Individu tersebut sering memuntahkan semula makanan yang dimakan.
12

Kembali ke atas