partial rhyme | rima tak sempurna | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terbentuk tak sempurna di hnjung setiap baris sama ada dalam setiap rangkap ataupun keseluruhan sebuah puisi. Contohnya, pada rangkap empat puisi "Dua Penghijrahan" karya A.S. Amin di bawah. manusia mati dan hidup terasa panas seluruh daun maut berjalan lurus |
Gestalt psychology | psikologi Gestalt | Kesusasteraan | Tiada | Penggabungan yang sempurna dalam sesebuah karya. Istilah psikologi Gestalt digunakan dalam bidang kritikan sastera dan dipinjam daripada bidang falsafah German. Teori kesusasteraan Gestalt menyatakan bahawa gabungan sempurna sesuatu karya adalah lebih bernilai daripada jumlah semua bahagian yang dianalisis secara berasingan. Psikologi Gestalt menilai aksi manusia secara keseluruhan dan tidak memecahkannya kepada elemen tertentu seperti rangsangan, aksi refleks, atau sensasi. Tindakan psikologi dan mental tidak terjadi akibat elemen tersebut secara terasing tetapi terjadi apabila gabungan sempurna Gestalts dicapai melalui suatu kaitan operasi yang bersendirian dan bebas. Dalam bidang kesusasteraan, istilah Gestalt merujuk kepada gaya pengkaryaan seseorang penulis. Contohnya, Coleridge, seorang penulis berbangsa Inggeris berpendapat bahawa puisi harus dihayati kerana sifat gabungannya yang sempurna. Hal ini demikian kerana puisi terhasil setelah melalui proses pembinaan atau penggubahan. Puisi yang merupakan hasil daripada komposisi bahasa yang digubah dianggap tidak lengkap jika dinilai secara berasingan elemen rima, rentak, struktur stanza dan sebagainya. Justeru, setiap elemen tersebut berfungsi secara bebas tetapi berkaitan. Oleh itu, amat tidak wajar jika puisi dinikmati melalui elemennya yang diasingkan. |
perfect rhyme | rima sempurna | Kesusasteraan | Puisi | Bunyi suku kata akhir yang sama dan konsonan yang mengikutinya juga sama; namun begitu konsonan awalnya berbeza. Contohnya, Jika anakanda jadi menteri, Orang berilmu anakanda hampiri; Lawan mesyuarat lawan berperi, Supaya pekerjaan jadi ugahari. |
self-fulfilling prophecy | ramalan sempurna kendiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jangkaan individu tentang sesuatu hal, peristiwa atau individu lain, yang tanpa disedari mempengaruhi kelakuan atau tindakan individu itu sehingga menyebabkan hal itu benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Contohnya, seseorang yang dianggap akan menjadi penjenayah, akhirnya terjebak dalam aktiviti jenayah. |
approximate rhyme | rima tak sempurna | Kesusasteraan | Puisi | Bunyi suku kata akhir yang sama atau hampir sama tetapi bunyi konsonan yang mengikutinya tidak sama. Contohnya, kasar dan kesal. |
well made play | drama sempurna | Kesusasteraan | Tiada | Genre drama pada kurun ke-19 yang bercirikan plot rapi, dan pertukaran plot yang disebabkan oleh sesuatu rahsia, atau dengan kemunculan surat, dokumen atau watak secara mengejut. |
imperfect market | pasaran tidak sempurna | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
perfectly elastic impact | impak keanjalan sempurna | Sains Sukan | Biomekanik | Impak ketika sesuatu sistem mempunyai halaju. |
perfectly plastic impact | impak plastik sempurna | Sains Sukan | Biomekanik | Impak yang mengakibatkan kehilangan keseluruhan halaju. |
valve grinding | pencanaian injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses membentuk semula dan melicinkan muka injap pada sudut tertentu secara mencanai dengan mesin canai yang khusus. Proses ini memastikan sentuhan yang sempurna antara muka injap dengan dudukannya. Pencanaian ini dibuat pada sudut interferens yang biasanya 0.5° supaya menghasilkan sentuhan sempurna semasa enjin dalam keadaan panas. |