dialogism | dialogime | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni. |
pseudotropia | pseudotropia | Sains Kesihatan | Tiada | Mata normal yang seolah-olah berkeadaan juling. |
air hug | peluk nirsentuh | Umum | Tiada | Isyarat mendepa tangan seolah-olah memeluk orang lain dan digunakan sebagai ucapan atau ungkapan kasih sayang tanpa sentuhan fizikal. |
air hug | peluk nirsentuh | Umum | Tiada | Isyarat mendepa tangan seolah-olah memeluk orang lain dan digunakan sebagai ucapan atau ungkapan kasih sayang tanpa sentuhan fizikal. |
Kafkaesque | gaya Kafka | Kesusasteraan | Tiada | Gaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926). |
chromatopsia | kromatopsia | Sains Kesihatan | Tiada | Keadaan tidak normal menyebabkan penglihatan seolah-olah berwarna. |
formication | formikasi | Perubatan | Psikiatri | Keadaan tidak normal yang dirasai, iaitu rasa seolah-olah serangga merayap di atas tubuh. |
autonomous stage | peringkat autonomi | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat penghasilan perlakuan kemahiran motor yang bersifat seolah-olah berlaku secara automatik, lebih stabil dan tanpa mengalami sebarang kesukaran. Pada peringkat ini, atlet telah mencapai kemahiran yang tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
thought broadcasting | penyiaran fikiran | Perubatan | Psikiatri | Kepercayaan bahawa fikiran seseorang dapat didengari oleh individu lain seolah-olah disiarkan ke udara. |
thought broadcasting | penyiaran fikiran | Perubatan | Psikiatri | Kepercayaan bahawa fikiran seseorang dapat didengari oleh individu lain seolah-olah disiarkan ke udara. |