Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biamperometric titrationpentitratan biamperometriKimiaKimia AnalisisPentitratan amperometrik yang menggunakan dua elektrod berkutub yang serupa, atau elektrod penunjuk yang serupa untuk mengesan titik akhir tindak balas redoks di antara bahan yang dititrat dengan pentitrat.
isomorphousisomorfGeologiTiadaMemiliki bentuk yang sama atau serupa.
isomorphousisomorfFarmasiTiadaMemiliki bentuk yang sama atau serupa.
homozygoushomozigusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanDua alel yang serupa dan alel homozigus mungkin berkeadaan dominan atau resesif.
repeat prescriptionpreskripsi ulangSains KesihatanTiadaPesanan ubat yang serupa dengan pesanan sebelumnya.
nanoflash memory deviceperanti ingatan nanokilatFizikNanoteknologiAlat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas.
homologoushomologusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSesuatu yang sama atau serupa dari segi kedudukan, struktur, fungsi atau sifat terutamanya apabila berasal daripada organisma spesies yang sama.
visual distractorganggunan visualSains KesihatanTiadaSuatu pilihan salah yang kelihatan hampir serupa dengan pilihan yang betul.
placer depositmendapan plaserSains MarinTiadaJisim kelikir, pasir atau bahan yang serupa hasil penghakisan batuan pepejal dan mengandungi zarah atau ketulan emas, platinum, timah atau mineral bernilai yang lain yang berasal daripada batuan atau telerang.
near rhymerima miripKesusasteraanPuisiPenggunaan rima yang hampir sama atau hampir serupa terutama dari segi bunyi apabila dideklamasikan sama ada terletak di dalam baris mahupun di hujung baris. Contohnya, dalam pantun berikut: Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad.
1234

Kembali ke atas