Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tem.pat] | ستمڤت

Definisi : 1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tem.pat] | ستمڤت

Definisi : 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ayam kelabu pakai topi,
     Rotan selingkar jatuh ke lubuk;
Inilah air pembasuh kaki,
     Inilah tikar setempat duduk.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local colour / regional literaturewarna setempatKesusasteraanTiadaKarya yang menggambarkan budaya setempat dari segi sejarah, bahasa, adat resam, pakaian, dan sikap termasuk bentuk geografi. Contohnya Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
local colourwarna setempatKesusasteraanTiadaPerincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan karya seperti ini ialah Mark Twain yang menghidupkan persekitaran Mississippi dan George Washington Cable di daerah Selatan. Di luar Amerika Syarikat, penulis Inggeris Thomas Hardy memanfaatkan warna setempat Dorsetshire dalam novelnya yang mempunyai latar daerah Wessex. Di Perancis pula, penulis seperti Emile Zola banyak menghasilkan karya warna setempat. Dalam sastera Melayu moden, karya Shahnon Ahmad banyak memanfaatkan perincian tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu di Sik, Kedah seperti dalam novel berjudul R?nj?u Sep?nj?ng J?l?n. Contoh dalam bahasa Arab ditemui dalam trilogi Najib Mahfuz berjudul B?yn ?l-Q?sr?yn, Q?sr ?l-Sh?rq, dan ?l-Sukk?riy?h. Dalam sastera Parsi, warna setempat ditemui dalam S?ng-i S?bur oleh Sadiq Chubak.
scanning near-field thermal microscope (SNTM)mikroskop pengimbasan medan dekat terma (SNTM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPengimbas mikroskop yang digunakan untuk memetakan suhu setempat dan kekonduksian terma antara muka. Kuar pada mikroskop ini peka terhadap suhu setempat seperti termometer pada skala nano.
local anaestheticanestetik setempatSains KesihatanTiadaBahan yang bertindak pada sebahagian tubuh sahaja untuk menghilangkan kederiaan.
infected local areakawasan setempat jangkitanKesihatan AwamTiadaKawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 [P.U(A) 87/2020].
local sequence alignmentpenjajaran jujukan setempatBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti kawasan yang serupa dalam jujukan panjang yang terhasil daripada proses pencapahan.
local force spectroscopy (LFS)spektroskopi daya setempat (LFS)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSalah satu kaedah dalam mikroskop daya atom (AFM) yang digunakan untuk menentukan keluk daya tindakan di kawasan tertentu pada permukaan sampel.
formed in-place gasketgasket bentuk setempatKejuruteraan AutomotifEnjinBahan yang diletakkan di antara dua permukaan yang akan diapit dengan manik plastik yang diletakkan dengan menggunakan alat khas atau bahan gel yang dipicit daripada tiub.
aneurysmaneurismeHerbaFitoterapiPembengkakan setempat salur darah yang disebabkan oleh suatu penyakit atau kelemahan pada dinding salur darah. Keadaan ini biasanya berlaku pada arteri di pangkal otak dan aorta.
calluskalusHerbaFitoterapi1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baharu yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. 3. Kulit keras dan tebal yang terbentuk pada kulit pokok selepas kulit mengalami kecederaan. Kalus terbentuk sebagai satu proses pemulihan kecederaan.
12345

Kembali ke atas