Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kapal ~ kapal selam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
silam (adjektif)
1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam,

3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu,
Berantonim dengan kini

Kata Terbitan : menyilamkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
historical playdrama sejarahKesusasteraanTiadaDrama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960.

Kembali ke atas