Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kan] | سوکن

Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : sj tumbuhan (herba), Coleus amboi­nicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : segala jenis latihan gerak badan dan permainan (spt bola sepak, be­renang) yg memerlukan tenaga dan ketangkasan: ~ Olimpik sukan seluruh dunia yg diadakan empat tahun sekali. ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing dan menembak. bersukan bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. kesukanan hal-hal yg berkaitan dgn sukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automobile sportssukan permotoranSukanTiadaSukan yang melibatkan pertandingan lumba kereta.
sports sciencesains sukanSains SukanBiomekanikBidang yang mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan menggabungkan disiplin-disiplin seperti perubatan, anatomi, psikologi, fisiologi, biomekanik dan pemakanan.
floorballbola lantaiSukanTiadaSukan yang menyerupai hoki tetapi dimainkan secara tertutup di gelanggang rata dengan menggunakan kayu pemukul yang lebih ringan dan bola yang berbeza daripada sukan hoki.
equestrian sportssukan ekuestrianSukanTiadaTiada
stock sportsukan stokSukanTiadaPermainan di atas permukaan rata dengan pemain memegang dan mengayunkan stok ke depan dan ke belakang sebelum melepaskan objek tersebut ke arah sasaran.
athleisurepakaian sukan santaiSukanTiadaPakaian kasual dan selesa yang direka agar sesuai untuk senaman dan harian.
cheerleadingsorak; sukan sorakSukanTiadaTiada
powerboating sportssukan bot lajuSukanTiadaTiada
underwater sportssukan dalam airSukanTiadaTiada
stacking sportssukan susun pantasSukanTiadaPermainan secara individu atau berpasukan untuk menyusun 9 atau 12 cawan dengan pantas mengikut jujukan tertentu dan kebiasaannya jujukan piramid, iaitu 3, 6 dan 10.
12345678910...

Kembali ke atas