Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kat] | تاکت

Definisi : takat I 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2. had atau peringkat (pd sesuatu ukuran); ~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur; setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbual­an mereka terhenti; ~ manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberi­kan? bertakat-takat bersenggat-senggat, berpe­ring­kat-peringkat: campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : Jw tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : Br terumbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kat] | تاکت

Definisi : 1 hingga ke; sampai ke: Dalamnya air sungai itu ~ pinggang saja. 2 had atau peringkat pd sesuatu ukuran: ~ didih (beku dll) suhu ketika air dll mendidih (menjadi beku dll). ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan. ~ lebur suhu ketika sesuatu pepejal mula lebur. setakat sampai ke had; sehingga: ~ itu saja yg dpt saya ceritakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takat (kata nama)
Bersinonim dengan had, batas, paras, perenggan, darjah, peringkat, tingkat, tingkatan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
power pistonomboh kuasaKejuruteraan AutomotifEnjinGerakan omboh dari takat terakhir atas ke takat terakhir bawah semasa lejang kuasa.
power strokelejang kuasaKejuruteraan AutomotifEnjinPergerakan lejang dari takat terakhir atas ke takat terakhir wybawah semasa dan selepas pembakaran. Pembakaran ini mem- bebaskan tenaga dan mewujudkan tekanan tinggi yang mampu menolak omboh.
before top dead centre (BTDC)sebelum takat terakhir atas (BTDC)Kejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan omboh sebelum mencapai takat terakhir atas yang ditentukan dalam darjah putaran aci engkol. Kedudukan ini diperlukan untuk memulakan percikan bunga api dalam proses penyalaan. Selain itu, sebelum takat terakhir atas juga diperlukan untuk menentukan operasi buka-tutup injap kawalan omboh. Singkatan BTDC. Banding selepas takat terakhir atas.
after top dead centre (ATDC)selepas takat terakhir atas (ATDC)Kejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan omboh selepas mencapai takat terakhir atas yang ditentukan dalam darjah putaran aci engkol. Banding sebelum takat terakhir atas.
displacementsesaranKejuruteraan AutomotifEnjinIsi padu yang dihasilkan oleh gerakan omboh dalam silinder enjin dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Sesaran ialah jumlah isi padu udara yang mampu disedut oleh silinder enjin sebelum proses mampatan berlaku. Sesaran dikira dengan mendarabkan lejang omboh dengan luas keratan rentas lubang silinder dan biasanya diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu.
melting pointtakat leburHerbaTiadaSuhu ketika suatu bahan pepejal mencair dan berada dalam keadaan keseimbangan dengan cecairnya pada tekanan piawai. Takat lebur digunakan untuk menentukan darjah ketulenan bahan mentah herba. Contohnya takat lebur minyak kelapa (23�C � 26�C, BP) dan lilin karnuba (80�C � 88�C, BP).
swept volumeisi padu sapuanKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam silinder yang dijanakan oleh laluan omboh dari takat terakhir bawah ke takat terakhir atas. Nilai isi padu sapuan ini bersamaan dengan nilai sesaran. Sinonim isi padu sesar.
piston displacementsesaran ombohKejuruteraan AutomotifEnjinIsi padu silinder yang disesar oleh omboh semasa omboh bergerak dari takat terakhir atas hingga takat terakhir bawah.
elevation of boiling pointpenaikan takat didihKimiaTiadaPenaikan takat didih larutan apabila bahan tidak meruap larut di dalam pelarut.
full-on gaintambahan takat maksimumSains KesihatanTiadaTambahan prestasi alat bantu pendengaran yang terhasil apabila alat tersebut diukur pada takat maksimum.
123456

Kembali ke atas