boiling point rise | kenaikan takat didih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nilai yang mewakili perbezaan suhu antara takat didih suatu larutan akueus dengan takat didih air pada suatu tekanan yang tetap. Keadaan ini terjadi apabila bahan boleh larat dicampurkan ke dalam air untuk membentuk larutan. |
average boiling point | takat didih purata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nilai purata yang diambil sebagai takat didih suatu campuran yang terdiri daripada pelbagai komponen dan setiap komponen mempunyai takat didih yang berlainan. |
distillation test | ujian penyulingan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ujian piawai untuk menentukan takat didih awal, pertengahan dan akhir dalam julat takat didih hasil petroleum, seperti kreosot dan tar. Jumlah campuran bahan-bahan tertentu dalam kreosot dan tar dapat ditentukan dengan penentuan takat didih. |
elevation of boiling point | takat didih) | Kimia | Tiada | Penaikan takat didih larutan apabila bahan tidak meruap larut di dalam pelarut. |
boiling point elevation | kenaikan takat didih | Kimia | Tiada | Kenaikan takat didih normal bagi cecair sebatian tulen disebabkan kehadiran bahan-bahan yang tidak larut. |
boiling point elevation | kenaikan takat didih | Fizik | Haba | Pertambahan takat didih sebatian cecair tulen akibat kehadiransebatian terlarut. |
ebullioscopic constant | pemalar ebulioskop | Kimia | Tiada | Pemalar takat didih molal atau pemalar takat didih, simbol Kb. |
distillation range | julat penyulingan | Kejuruteraan | Tiada | Perbezaan antara takat didih awal dengan takat didih akhir yang diperoleh daripada ujian penyulingan. |
boiling-point curve | lengkung takat didih | Fizik | Haba | Lengkung yang menunjukkan perubahan takat didih terhadap perubahan tekanan atau ketulenan bahan. |
ebulliometry | ebuliometri | Kejuruteraan | Polimer | Kaedah penentuan purata nombor berat molekul polimer yang takat didih larutan polimer diukur dan dibandingkan dengan takat didih pelarut tulen. Kaedah ini terhad kepada molekul atau polimer yang mempunyai purata berat molekul di bawah 30 000. |