Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : tangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagi­an drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg me­ning­kat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan peker­jaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berde­kat­an, jiran, tetangga: barangkali engkau ber­temu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; ber­janjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : 1 tempat berpijak yg ber­tingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. 2 ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat; peringkat; tingkatan. ~ bongsu anak tangga yg di bawah sekali. ~ gaji tingkatan gaji. ~ pilin (sulur batang) tangga yg berbelit-belit keadaannya. ~ sigai tangga drpd batang kayu yg diberi bersigai. ~ sulung anak tangga yg di atas sekali. bertangga 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. se­tangga; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangga (kata nama)
1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,

Kata Terbitan : bertangga,

Puisi
 

Pucuk kali mengikat tangga,
     Tangga disirat lima enam bulan;
Pujuklah hati memandang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stringeribu tanggaKesenianHiasan DalamanKomponen penting tangga bagi menyokong anak tangga. Ibu tangga biasanya diperbuat daripada kayu, konkrit, dan logam.
flightlarian tanggaKesenianHiasan DalamanStruktur binaan berbentuk deretan tangga secara menegak, melengkung atau bulat. Binaan ini membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.
domestic violence cyclekitaran keganasan rumah tanggaKriminologiKeadilan JenayahHubungan yang melibatkan keganasan dalam rumah tangga mengikut pola atau kitaran yang biasa. Keganasan rumah tangga juga berlaku mengikut kitaran yang berulang.
balustradepeleparKesenianHiasan DalamanPengadang yang terbentuk daripada siri kekisi dan susur tangan tangga. Pengadang ini digunakan di tangga, balkoni atau ruang lowong di tingkat atas. Pelepar dikenali juga sebagai balustrad.
honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.
balusterkekisiKesenianHiasan DalamanKomponen tangga yang dibina di bawah susur tangan, yang berfungsi sebagai pengadang keselamatan dan penyokong. Kekisi biasanya disusun memanjang bagi membentuk suatu siri tiang penyokong kepada susur tangan pada tangga. Biasanya komponen kekisi diperbuat daripada kayu, logam, dan kaca dengan reka bentuk klasik.
external staircasetangga luarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
home managementpengurusan rumah tanggaSosiologi KeluargaTiada-
homemaker roleperanan rumah tanggaSosiologi KeluargaTiada-
domestic violencekeganasan rumah tanggaKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan antara ahli keluarga yang melibatkan penderaan fizikal, psikologi atau seksual. Contohnya, serangan fizikal oleh suami terhadap isteri.
1234

Kembali ke atas