Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.guh] | تݢوه

Definisi : 1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~. 3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya. 4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~. berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikata­kan. meneguhkan 1 menjadikan te­­­­guh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. memperteguh men­jadikan lebih teguh. keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan. peneguhan hal atau perbuatan mene­guhkan; pengukuhan. peneguh se­suatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monolithic partyparti teguhSains PolitikPolitik PerbandinganLihat parti monolitik
hardlinerpetegarUmumTiadaIndividu atau kumpulan yang berpendirian teguh terhadap sesuatu idea atau dasar tanpa kompromi.
undecided voterpengundi tidak pastiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi yang tidak berpendirian teguh dalam sesuatu pengundian dan tidak langsung mempunyai ikatan kepartian dengan mana-mana calon atau parti. Pengundi ini banyak dipengaruhi oleh kempen serta propaganda dan hanya akan membuat pemilihan pada hari pengundian. Tindakan saat akhir mereka ini akan menentukan kerajaan kelak. Pengundi tidak pasti yang ramai akan menyebabkan kerajaan bertukar ganti dengan lebih kerap.
mature economyekonomi matangEkonomiTiadaEkonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup.
balanced budgetbelanjawan terimbangEkonomiTiadaBelanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya sama dengan jumlah perbelanjaannya bagi sesuatu jangka masa biasanya bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini merupakan suatu yang unggul dan menjadi asas kepada dasar fiskal yang teguh serta dapat mengekalkan kepercayaan perniagaan.
ideographideografKesusasteraanPuisiGambaran gagasan atau wawasan yang diungkapkan oleh seseorang penyair dalam puisinya. Lazimnya ideogram yang disisipkan dalam puisi adalah gagasan atau wawasan yang menjadi pegangannya. Contohnya, Usman Awang menyisipkan gagasan atau konsep Seni untuk Masyarakat (SUM) dalam puisi yang dihasilkannya pada tahun 1950-an, kerana beliau memang berpegang teguh kepada gagasan itu. Begitu juga dengan penyair yang menyisipkan ideogram Realisme Sosialis dalam puisi mereka sewaktu Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) menguasai perkembangan Kesusasteraan Maden Indonesia (1950-an - 1960-an).
chivalric literaturesastera kesateriaanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain).
monolithic partyparti monolitikSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh.
civic culturebudaya sivikSains PolitikPolitik PerbandinganBudaya politik masyarakat yang menerima autoriti pemeritah dengan darjah penyertaan rakyat yang tinggi dalam sistem dan proses politiknya. Dalam budaya politik ini, kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat setiap keputusan politik dan pemerintah juga akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin bagi memastikan keperluan asas rakyat disediakan. Rakyat pula harus bersifat responsif terhadap sebatang tindakan kerajaan. Hal ini menjadikan hubungan antata rakyat dan pemerintah itu seimbang dan akan mewujudkan keadaan politik yang stabil dan teguh. Konsep budaya sivik diasaskan oleh Gabriel Almond seorang tokoh ilmu politik perbandingan dalam kajian budaya politik di Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Jerman dan Kanada pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an.

Kembali ke atas