Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sarap sehelai dituilkan,
     batu sebuah digulingkan.

Bermaksud :

Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
careful handlingpengendalian telitiPertanian OrganikTanaman Makanan-
collatekolatKesusasteraanTiadaPerbandingan secara teliti antara dua atau lebih teks, edisi, cetakan atau bahan sumber. Perbandingan bertujuan mencari persamaan dan perbezaan dalam teks tersebut. Perbandingan juga penting untuk mencari sumber yang lebih asli, menentukan tarikh atau fakta yang lebih tepat, menyelesaikan sebarang kekeliruan atau kekaburan makna tentang sesuatu perkara, meneliti unsur tokok-tambah dan sebagainya. Dalam konteks karya sastera Melayu tradisional, perbandingan tentang unsur persamaan atau perbezaan amat penting dalam usaha mengesan unsur intertekstualiti dan pengaruh yang terdapat dalam karya.
collationkolasi; pengumpulsemakanKesusasteraanTiadaPerbandingan yang penuh teliti antara dua atau lebih teks, edisi atau cetakan.
improvisationimprovisasiKesusasteraanPuisiPenciptaan puisi secara spontan dan tidak mengalami perancangan teliti, serta penggunaan bahasa yang tidak selektif sifatnya sama ada dalam aspek pemilihan diksi mahupun dalam aspek pembentukan frasa dan kalimat.
deep diveselam rinciPendidikanTiadaKaedah untuk mendalami dan menganalisis masalah secara teliti dan menyeluruh.
pattems of wordspola kataKesusasteraanPuisiKerangka kata yang dipilih oleh penyair dengan teliti bagi membentuk frasa-frasa dan kalimat-kalimat dalam sesuatu baris atau rangkap puisi. Pola kata yang diturunkan umumnya terbentuk oleh adanya kombinasi pola kata huruf Konsonan� Vokal-Konsonan (KVK) atau Vokal-Konsonan-Vokal (VKV). Contohnya, puisi "Dialog" karya Kassim Ahmad. Tenteramlah (KVK) anak (VKV)
benefit of selectionfaedah pemilihaninsuransTiadaKebaikan yang diperoleh oleh insurer melalui pemilihan risiko insurans yang teliti.
helicopter parentingkeibubapaan kimbangPendidikanTiadaCara asuhan ibu bapa yang memantau pengalaman dan permasalahan anak dengan teliti, terutamanya dalam aspek pendidikan. Keibubapaan kimbang juga merangkumi pengawasan dalam setiap aspek kehidupan anak secara berterusan, termasuk interaksi sosial.
helicopter parentingkeibubapaan kimbangPendidikanTiadaCara asuhan ibu bapa yang memantau pengalaman dan permasalahan anak dengan teliti, terutamanya dalam aspek pendidikan. Keibubapaan kimbang juga merangkumi pengawasan dalam setiap aspek kehidupan anak secara berterusan, termasuk interaksi sosial.
patient under surveillancepesakit dalam pengawasanKesihatan AwamTiadaPesakit yang berada di bawah pengawasan (seseorang atau sesuatu) dengan teliti terutamanya untuk mencegah penyakit berjangkit.
123

Kembali ke atas