Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agoraphobiaagorafobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut yang amat sangat terhadap tempat-tempat yang luas atau lapang.
basic activitiesaktiviti asasPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKegiatan mengeksport barangan dan perkhidmatan ke tempat-tempat di luar sempadan ekonomi sesuatu masyarakat atau memasarkan barangan dan perkhidmatannya kepada orang yang datang dari luar sempadan ekonomi masyarakat tersebut.
ottomanotomanKesenianHiasan DalamanSet kusyen rendah berupholsteri tanpa ruang sandar atau tempat meletakkan tangan. Otoman biasanya digunakan sebagai tempat duduk atau tempat meletakkan kaki. Kini, fungsinya diperluas sebagai meja kopi atau meja sisi. Sinonim tempat kaki, tufet.
workplace violencekeganasan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahAncaman atau kekerasan yang berlaku terhadap pekerja yang berkaitan dengan pekerjaannya, sama ada yang berlaku di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Sinonim kekerasan tempat kerja.
circle tripperjalanan kitarPelanconganTiadaPergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan kembali ke tempat asal.
bergerebergereKesenianHiasan DalamanKerusi yang mempunyai tempat bersandar, yang bersambung dengan tempat duduk serta tempat letak tangan dan dihasilkan dengan gaya Louis XV dari Perancis. Reka bentuknya dikemaskan dengan upholsteri di kedua-dua bahagian tepi, penyandar belakang yang berbentuk melengkung dan bingkai berukir. Gaya ini telah bermula pada abad ke-18 dan terkenal hingga kini.
commuter bikebasikal komuterUmumTiadaSejenis basikal yang digunakan untuk berulang-alik ke sesuatu tempat ke tempat yang lain secara rutin.
oil gallery;kolong minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPaip atau laluan yang digerudi dalam enjin, digunakan untuk mengalirkan minyak enjin dari satu tempat ke tempat yang lain. Kolong minyak membentuk sebahagian daripada sistem pelinciran enjin.
metastasismetastasisFizikNanoteknologiPenyebaran sel kanser dari tempat metastasis bermula ke tempat lain dalam tubuh. Nanoteknologi digunakan untuk mengesan dan merawat metastasis sebagai ganti kepada pengunaan kemoterapi. Teknik ini termasuk dalam bidang nanoperubatan.
heritage tourismpelancongan warisanPelanconganTiadaAktiviti lawatan ke tempat peninggalan warisan, seperti tempat bersejarah A� Famosa, Kota Lukut dan Taman Negara.
12345678910...

Kembali ke atas