bunk bed | katil bertingkat/pangkin bertingkat | Pelancongan | Tiada | Tempat tidur yang dipasangkan pada dinding kapal atau kereta api. |
tiny house | rumah mongel | Seni Bina | Tiada | Rumah kecil dengan keluasan sekitar 400 hingga 900 kaki persegi dan memiliki ruang yang terhad bagi ruang tamu, tempat tidur, bilik air dan dapur. Rumah ini dibina dengan reka bentuk yang comel dan menarik. |
serambi | serambi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang memanjang tertutup, yang biasanya dihiasi dengan tingkap di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rumah tradisional Melayu yang direka bentuk dengan serambi terbuka. Serambi berfungsi sebagai ruang tetamu lelaki yang dikenali oleh tuan rumah, sama ada yang mempunyai hubungan keluarga atau tiada hubungan keluarga. Serambi juga dijadikan tempat untuk mengadakan majlis formal, mengajar dan membaca al- Quran, serta tempat tidur anak-anak dan tetamu lelaki. |
attic | loteng | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bilik atau tingkat atas yang terletak di bawah bumbung di dalam sesebuah bangunan atau rumah. Dalam seni bina rumah tradisional Melayu, loteng yang juga dikenali sebagai peran, berfungsi sebagai ruang tidur yang biasanya digunakan oleh wanita, khususnya anak gadis untuk tujuan keselamatan. Loteng turut digunakan sebagai tempat menyimpan barang. |
bachelors chest | meja bujang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja Inggeris pada kurun ke-18 yang mempunyai daun pintu di bahagian bawah, dan apabila dibuka akan menjadi permukaan atas meja. Selain pintu, meja bujang juga mempunyai laci untuk menyimpan barang. Bahagian atas meja pula sering kali dijadikan sebagai tempat meletakkan buku atau lampu tidur jika diletakkan bersebelahan dengan katil. Biasanya, meja bujang berwarna gelap dan bentuknya direka dengan berimejkan maskulin, walaupun tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa meja bujang tidak boleh digunakan oleh orang perempuan. |