Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nat] | تنت

Definisi : 1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2. keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi, perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;ketenatan perihal atau keadaan tenat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nat] | تنت

Definisi : 1 letih atau penat sekali; letih lesu: Nafasnya pendek-pendek kerana ~ bekerja. 2 sangat kuat (ttg sakit dsb); teruk: Dia terpaksa pulang ke kampungnya kerana orang tuanya sedang sakit ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenat (adjektif)
1. Bersinonim dengan letih lesu: penat lelah, jerih,
Berantonim dengan segar

2. Bersinonim dengan teruk: berat, parah, serius, genting, kritikal, melarat, akut, keras, kuat,
Berantonim dengan ringan

Kata Terbitan : ketenatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cheyne-Stokes breathingpernafasan Cheyne-StokesKejururawatanTiadaPernafasan yang abnormal dengan kadar pernafasan menjadi perlahan dan berhenti beberapa saat sebelum bernafas dengan cepat dan menjadi perlahan semula. Keadaan ini berlaku terutamanya kepada pesakit yang tenat.

Kembali ke atas