Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.tu] | تنتو

Definisi : 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ke­ten­tuannya, tidak mendapat sebarang keputus­an, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.tu] | تنتو

Definisi : 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ke­tentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal me­nentukan. penentu sesuatu atau sese­orang yg menentukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Puisi
 

Dua negeri sedang berperang,
     Belum tentu saya berjaya;
Berapalah tajam pisau dan parang,
     Tajamlah lagi mulut manusia.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan,
     tidak tentu kalang batang.

Bermaksud :

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

 

Lihat selanjutnya...(95)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coolant hydrometerhidrometer pendinginKejuruteraan AutomotifEnjinMeter yang digunakan untuk menguji ketumpatan atau graviti tentu suatu campuran bendalir pendingin. Maklumat graviti tentu bagi campuran bendalir pendingin digunakan untuk menentukan titik beku bendalir pendingin.
specific fuel consumptionpenggunaan bahan api tentuKejuruteraan AutomotifEnjinJumlah penggunaan bahan api oleh enjin untuk menghasilkan setiap unit tenaga yang dikeluarkan. Jumlah bahan api diukur dengan brek dinamometer pada tapak uji enjin. Penggunaan bahan api tentu ini diukur dalam unit kilogram per kilowat jam. kilogram per megajoule atau paun per kuasa kuda brek jam.
specific gravitygraviti tentuKejuruteraan AutomotifEnjinNisbah ketumpatan suatu bendalir berbanding dengan bendalir rujukan. Bagi cecair, bendalir rujukan adalah air pada suhu 20°C, iaitu 998 kg/m³. Manakala bagi gas bendalir rujukan adalah udara pada keadaan suhu dan tekanan piawai iaitu 1.225kg/m³. Contoh graviti tentu untuk minyak pelincir SAE30W pada suhu 20°C ialah 0.89.
calibratingtentu ukurKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMelaras meter dan tolok pada skala yang sesuai.
specific gravitygraviti tentuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaNisbah berat satu larutan berbanding dengan berat air.
specific activitykeaktifan tentuTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKeaktifan sumber radioaktif dibahagikan dengan jisim sumber tersebut. Unit yang digunakan ialah Becquerel per gram (Bq/g).
specific resistancekerintangan tentuKimiaKimia AnalisisKerintangan konduktor yang mempunyai ukuran satu sentimeter panjang, dan satu sentimeter persegi luas keratan rentasnya.
specific gravitygraviti tentuPertanianTiadaBerat relatif sesuatu bahan bagi sesuatu isi padu, tidak termasuk isi padu ruang liang, dibandingkan dengan berat air suling pada isi padu yang sama dan pada suhu tertentu.
specific surfacepermukaan tentuKejuruteraanTiadaPermukaan zarah dalam satu unit isi padu bahan. Lebih kecil saiz zarah, maka lebih besarlah permukaan tentunya.
standard calibration blocksblok tentu ukur piawaiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis blok yang digunakan untuk menentukurkan sistem pengujian ultrasonik ke atas bahan yang diuji. Contohnya, blok V1 yang dipiawaikan oleh IIW.
123

Kembali ke atas