Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma.su/] | ترماسوق

Definisi : 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma.su/] | ترماسوق

Definisi : 1 sudah masuk: ~ di hati dpt dipercayai; dpt diterima akal. 2 telah masuk dlm sesuatu kiraan; terhitung; tergolong: Kami tidak ~ dlm senarai orang yg mencuaikan pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Peribahasa

Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun,
     termasuk ke dalam pukat juga.

Bermaksud :

Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exporteksportEkonomiTiadaPenjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans.
liquid assetaset cairEkonomiTiadaWang dan aset lain yang boleh ditukarkan kepada tunai dengan segera dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Wang termasuk deposit akaun semasa dan wang tunai, sementara aset lain termasuk wang panggilan dan bil terdiskaun.
Ars antiquaArs antiquaMuzikTiadaGaya seni pada Zaman Pertengahan, iaitu lebih kurang tahun 1150-1300. Muzik Ars antiqua berkait dengan canta gereja. Tekstur utama termasuk monofoni, heterofoni dan polifoni, Ars antiqua melambangkan zaman polifoni Perancis yang diperkenalkan oleh kumpulan Notre Dame.Penggubah muzik utama ialah Leonin dan Perotin. Bentuk muzik keagamaan ini termasuk genre organum, clausula, conductus dan motetus. Bentuk muzik sekular termasuk genre estampie, rondellus dan ductia.
all inclusivetermasuk semuaPelanconganTiadaHarga yang ditawarkan merangkumi semua jenis perkhidmatan.
iramairamaMuzikTiadaKonsep masa termasuk tempo, meter dan rentak dalam muzik tradisional di Malaysia dan Indonesia.
femtoplanktonfemtoplanktonSains MarinTiadaKomponen plankton, termasuk fauna dan flora yang bersaiz kurang daripada 0.2 mikrometer. Contohnya, virus dan bakteria yang mendiami turus air.
acousticsakustikBiologiTiada1. Kajian tentang bunyi, termasuk penghasilan, penghantaran, dan kesannya. 2. Berkenaan dengan organ atau deria pendengaran.
illicit drugsdadah terlarangKriminologiKeadilan JenayahBahan termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, morfin, heroin, ganja dan sebagainya. Sinonim dadah berbahaya.
commissairekomisarSukanLumba BasikalPakar peraturan pertandingan termasuk pengadil,penjaga masa dan lain-lain.
structurestrukturKesusasteraanTiadaSuatu kerangka karya yang diaturkan termasuk plot sesuatu karya (novel, puisi, drama, esei). Kerangka karya itu bergantung pada jenis cerita yang ingin dilahirkan oleh penulis. Contohnya, novel yang plot dan aksinya memainkan peranan penting berkemungkinan mempunyai struktur yang lebih kompleks berbanding dengan cerita yang menekankan pembangunan watak. Novel pikares mempunyai struktur kejadian yang tidak mengikut urutan (random), tetapi kebanyakan novel lain tidak sedemikian. Cerita yang realistik sering diceritakan secara kronologi atau mengikut atur kejadian. Walau bagaimanapun, penulis berhak dan mempunyai pilihan untuk mengubah kronologi tersebut menerusi kaedah imbas kembali atau imbas hadapan. Pembinaan bab, perenggan, dan ayat boleh dijadikan panjang atau pendek. Kaedah persembahan bahan boleh dibuat dalam bentuk pandangan secara dekat atau dari jauh, atau dengan rentak yang perlahan, meleret-leret, serta cepat dan tepat pada maknanya. Lihat juga novel pikares.
12345678910...

Kembali ke atas