Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru/] | تروق

Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
severe accidentkemalangan terukSains NuklearKejuruteraan ReaktorKemalangan yang memberikan impak lebih teruk daripada kemalangan reka bentuk asas. Kemalangan teruk melibatkan kerosakan teras dan/atau pelepasan bahan radioaktif yang memudaratkan manusia dan alam sekitar.
aggravated assaultamang terukKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang teruk, yang tidak melibatkan sentuhan fizikal. Serangan ini termasuklah percubaan memukul, atau dengan tindakan atau perkataan yang menyebabkan ketakutan yang amat sangat kepada mangsa.
aggravated batteryserang sentuh terukKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang melibatkan sentuhan fizikal yang teruk seperti memukul, menumbuk atau menampar, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. Serangan ini juga boleh berlaku dengan menggunakan senjata seperti pisau atau objek tumpul.
severe diseasepenyakit terukKesihatan AwamTiadaPenyakit dengan gejala yang berat atau serius.
Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)Kesihatan AwamTiadaPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus korona dengan gejala termasuk demam dan batuk dan dalam sesetengah kes berlanjutan kepada radang paru-paru dan kegagalan pernafasan.
severe acute respiratory infection (SARI)jangkitan pernafasan akut teruk (SARI)Kesihatan AwamTiadaJangkitan pernafasan akut dengan ciri-ciri sejarah demam atau suhu badan ≥ 38 °C, batuk dalam tempoh 10 hari, dan perlu dimasukkan ke hospital.
acuteakutHerbaFitoterapiKesakitan teruk yang dialami secara mendadak dalam jangka waktu yang singkat.
colickolikHerbaFitoterapi1. Sakit teruk yang memulas dan berurutan di abdomen. 2. Seorang bayi sihat yang menangis dengan kerap secara berterusan dan keterlaluan yang mungkin disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu (intolerans laktosa).
neuralgianeuralgiaHerbaFitoterapiKesakitan yang teruk pada saraf tertentu akibat kecederaan atau terjadi gangguan pada fungsi saraf tersebut.
prurituspruritusHerbaFitoterapiGatal yang teruk sehingga mendatangkan keinginan untuk menggaru. Pruritus menunjukkan ciri- ciri kebanyakan penyakit kulit seperti alahan dan boleh juga menjadi tanda sesuatu penyakit sistemik.
12345

Kembali ke atas