Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
age at sexual maturityumur kematangan seksPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat umur bagi haiwan jantan atau betina yang sudah bersedia dan mampu untuk membiak. Umur kematangan seks setiap haiwan berbeza-beza mengikut jenis dan baka. Umur ini mungkin dicapai melalui dorongan tumbesaran atau pertukaran fizikal lain yang boleh membezakan haiwan matang dengan tidak matang. Contohnya, umur kematangan seks lembu betina ialah 9 - 22 bulan manakala lembu jantan 9 - 10 bulan.
issue ageumur penyertaaninsuransTiadaUmur insured yang ditetapkan oleh syarikat sama ada umur pada tarikh lahir yang terdekat atau tarikh lahir yang lepas untuk menetapkan kadar premium.
issue ageumur penyertaanPentadbiran PerniagaanTiadaUmur insured yang ditetapkan oleh syarikat sama ada umur pada tarikh lahir yang terdekat atau tarikh lahir yang lepas untuk menetapkan kadar premium.
attained ageumur tercapaiinsuransTiadaUmur yang dicapai oleh insured pada tarikh tertentu.
insuring ageumur penginsuransaninsuransTiadaHad umur yang membolehkan seseorang itu mengambil insurans.
insuring ageumur penginsuransanPentadbiran PerniagaanTiadaHad umur yang membolehkan seseorang itu mengambil insurans.
evidence of agebukti umurinsuransTiadaPembuktian umur sebenar yang diperlukan apabila insured menuntut bayaran semasa polisi matang ataupun semasa permohonan perlindungan dibuat.
attained age conversion methodkaedah tukar umur tercapaiinsuransTiadaDi bawah kaedah ini, premium yang dikenakan adalah berdasarkan kepada umur yang dicapai oleh insured pada masa penukaran polisi.
stallionkuda jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada kuda. Umur kuda jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah tiga tahun.
buckkambing jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada kambing. Umur kambing jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah 14 bulan.
123456789

Kembali ke atas