Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,

Peribahasa

Usang dibarui,
     lapuk dikajangi.

Bermaksud :

Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perbilanganperbilanganKesusasteraanPuisiSusunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal
obsolete dictiondiksi usangKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan diksi yang sudah terlalu kerap digunakan dalam sesebuah puisi atau sajak. Kesan penggunaannya tidak mampu lagi mengangkat makna yang sewajarnya, sesuai dengan sesuatu pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya.
dead metaphormetafora usangKesusasteraanPuisiSegala metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penciptaan penyairnya. Contohnya, metafora 'Merpati Putih' dan 'Bendera Putih'.
derelict areakawasan usangPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan yang mengandungi bangunan terbiar dan ditinggalkan.
dilapidated buildingbangunan usangPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBangunan yang sudah rosak, tidak dipelihara, dan tidak sesuai untuk didiami.
obselete medical deviceperanti perubatan usangPerubatanTiadaAlatan perubatan yang sudah ketinggalan dan tidak lagi digunakan atau dikeluarkan disebabkan oleh perubahan reka cipta atau evolusi teknologi.
bow fenderdapra (ha)luanPelayaranTiadaGumpalan tali usang yang berbalut dan mengecil pada kedua-dua hujung, dipasang melintang pada linggi bot tunda.
planning blighthawar perancanganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan bangunan yang usang atau tanah terbiar yang disebabkan oleh spekulasi tanah atau kelewatan pembangunan.
archaismarkaismeKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu.
urban renewalpembaharuan semula bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPeningkatan semula kawasan usang bandar secara komprehensif.
12

Kembali ke atas