Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.la.yah] | ولايه

Definisi : Ar jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi: ~ Jawa Barat; ~-~ Afrika Tengah; hak ~ Id hak utk menguasai tanah dll (tetapi tidak memiliki); kewilayahan sifat yg mementingkan wilayah atau daerah sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.la.yah] | ولايه

Definisi : kawasan di bawah sesuatu pemerintahan; daerah: ~ Kalimantan Selatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wilayah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan jajahan, daerah, mukim, kawasan, tanah, zon, lingkungan, negeri, dar, alam, mandala, luak, luruh, provinsi.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
federalismfederalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang terbahagi kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam sesebuah negara yang memiliki banyak wilayah, pembahagian ini dibuat kerana wilayah-wilayah tersebut mahukan autonomi dalam bidang tertentu. Sistem ini mengutamakan hak autonomi bagi golongan minoriti dan wilayah yang terpisah. Perlembagaan dalam sistem ini membahagikan kuasa negeri dan kuasa pusat kepada dua senarai yang berbeza. Kerajaan pusat biasanya menguasai bidang yang penting seperti hal-ehwal luar, keselamatan dalam negeri, kewangan dan pendidikan, manakala kerajaan negeri menguasai bidang-bidang seperti kebudayaan, sumber alam, tanah, cuti am dan agama. Namun begitu, terdapat juga sistem persekutuan yang mewujudkan senarai bersama iaitu bidang kuasa yang dikongsi antara kerajaan pusat dan negeri. Contohnya Malaysia, Kanada, India dan Australia. Sinonim faham persekutuan.
neutral territorywilayah berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah atau negara yang bebas atau tidak memihak kepada mana-mana negara atau kuasa. Wilayah seperti ini berkecuali kerana kepentingan tertentu seperti keselamatan, ekonomi, politik dan sebagainya. Contohnya, Switzerland merupakan wilayah berkecuali dalam Kesatuan Eropah. Sinonim wilayah neutral/zon berkecuali.
regional policydasar wilayahEkonomiTiadaDasar ekonomi yang bertujuan untuk mengubah corak pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah. Dasar ini perlu mengambil kira dara ekonomi dan keadaan fizikal wilayah tersebut. Biasanya dasar ini menitikberatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mengurangkan jurang antara wilayah.
regional accountakaun wilayahEkonomiTiadaAkaun pendapatan dan keluaran bagi suatu wilayah dalam sesebuah negara untuk satu jangka masa tertentu. Akaun ini memberi maklumat terperinci tentang kegiatan ekonomi wilayah tersebut. Maklumat ini tidak terdapat dalam akaun pendapatan negara. Akaun wilayah menyediakan rangka kerja yang lebih fleksibel kepada penggubal dasar untuk membuat analisis ekonomi wilayah.
regional analysisanalisis wilayahEkonomiTiadaKajian perbandingan tentang pertumbuhan dan pembangunan wilayah dalam sesuatu kawasan geografi. Analisis ini menekankan peranan masa depan sesuatu wilayah terhadap pembangunan ekonomi negara. Analisis wilayah memerlukan faktor seperti data aliran keluaran, pendapatan perseorangan, bilangan penduduk, guna tenaga, dan pengeluaran industri.
silkstocking district or warddaerah mewahSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang besar walaupun saiz kawasannya kecil. Wilayah ini mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Pentadbiran wilayah Putrajaya sebagai wilayah pentadbiran negara dapat dianggap sebagai daerah mewah apabila perbelanjaan yang sangat besar diperuntukkan di kawasan tersebut. Sinonim mukim mewah.
cessionpenyerahan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganProses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke.
territorial principalitywilayah rajaSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria.
territorial integritykeutuhan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai .
inter-regional trade multiplierpengganda perdagangan antara wilayahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan perdagangan wilayah yang dikira sebagai menerima import dari wilayah lain dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi negara seperti tingkat percukaian langsung dan tidak langsung.
12345678910

Kembali ke atas