Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Bermaksud :

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menohok kawan seriring.Mencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengorek dompet kawan.Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lebih pucuk, lebih pelepah?Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari.Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk di dalam kawan gajah berdering.Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti orang tertikamkan kawan.Diam termenung; berhati walang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layar menimpa tiang.Kawan menjadi lawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertambah semakin kurang.Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas