Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONGKOK

SONGKOK, pakaian kepala untuk orang lelaki.  Kebanyakan songkok diperbuat daripada kain baldu pelbagai warna dan kadang-kadang berkilat.  Songkok berbentuk bujur dan terdapat dalam pelbagai saiz.

BUDAYAPakaian
BALDU DEWANGGA

BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang.

BUDAYAKonsep
TEKAT

TEKAT, proses menyulam benang emas ke atas kain dasar daripada jenis baldu. Seni tekat sudah lama diusahakan oleh masyarakat Melayu. Di Perak, tekat dikenal juga sebagai tekat bersuji atau hiasan suji timbul. Ragam hiasnya kelihatan timbul daripada permukaan kain dasar kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

BUDAYAProses/Tindak Balas

Kembali ke atas