Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan ber­terusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit­-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sami Buddha di Tibet dan Mongolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dragbe a ~ on, melambatkan: domestic problems were a ~ on his success, masalah rumah tangga melambatkan dia mencapai kejayaan; take a ~ on, (sl) menyedut [n] lama-lama: he took a ~ on his cigar, dia menyedut cerutnya lama-lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soak b. (steeping st in liquid) merendam: she gave the stained table-cloth a good ~, dia merendam alas meja yg kotor itu lama-lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sensualadj 1. pertaining to the body or the senses, sensual: taking a long, leisurely bath can give great ~ satisfaction, mandi lama-lama secara santai memberikan kepuasan sensual yg amat sangat; the ~ feel of silk, rasa sutera yg sensual;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drag~ o’s /feet, heels/, a. berjalan dgn menyeret kaki; b. (fig.) melengah-lengahkan, melambat-lambatkan: the government was accused of ~ging its feet over the reforms, kerajaan dituduh melengah-lengahkan pembaharuan; ~ /at, on/, menyedut lama-lama: when he smokes, he ~s at his cigarette, apabila dia merokok, dia menyedutnya lama-lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
old6. a. having been acquainted with for a long time, lama: they are ~ friends, mereka kawan lama; ~ enemies, musuh lama; b. familiar or well-known through repetition, lama: an ~ saying, pepatah lama; an ~ excuse, alasan yg lama; c. former, dahulu; (student of a school, college, etc) tua; (of place) lama: one of her ~ admirers sent her a bouquet of flowers, salah seorang drp peminatnya dahulu menghantar sejambak bunga kepadanya; if only I could get my ~ job back!, kalaulah saya dapat semula kerja saya yang dahulu; an ~ boy of the school, murid tua sekolah itu; my ~ school, sekolah lama saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soak n 1. act of, a. (steeping os in liquid) berendam: after all that work, wouldn’t it be nice to have a good long ~ in the bath?, setelah bekerja kuat, alangkah seronoknya kalau dapat berendam lama-lama dlm tab mandi?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
old-fashionedadj 1. (of thing etc) fesyen lama; (of equipment, machine, etc) jenis lama; (of word, phrase, etc) lama; (of ideas etc) kolot, ketinggalan zaman: an ~ tie, tali leher fesyen lama; ~ turbine engines, enjin turbin jenis lama; what is the ~ word for radio?, apakah perkataan lama bagi radio?; 2. (of person) ketinggalan zaman, tdk mengikuti perkembangan zaman; (disapprovingly) kolot: teenagers often regard their parents as ~, golongan remaja selalu menganggap ibu bapa mereka tdk mengikuti perkembangan zaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long- comb. Form telah lama: a ~established company, syarikat yg telah lama tertubuh; a ~forgotten incident, peristiwa yg telah lama dilupakan; she greeted me like a ~ lost friend, dia menyambut saya spt kawan yg telah lama tdk berjumpa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soon ~ after, tdk lama kemudian, tdk lama selepas itu; ~ ... than, lebih baik ... drpd: ~er death than defeat, lebih baik mati drpd kalah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
long 1 adv 1. for a great duration, lama: I have ~ felt the necessity for sterner measures, telah lama saya rasakan perlunya tindakan yg lebih tegas; please wait outside the house, I won’t be ~, tolong tunggu di luar rumah, saya tdk lama; 2. (of time) well advanced, lama: I won’t see her until ~ into next year, saya tdk akan menemuinya sehingga lewat tahun hadapan; 3. at a distant time, lama: it happened ~ ago, itu berlaku lama dahulu; ~ before the war, lama sebelum peperangan itu; 4. throughout specified period of time, sepanjang: he’s been tinkering with his car all day ~, dia asyik dgn keretanya sepanjang hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas