Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2 kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; ber­bagai-bagai hutang. ~ keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutang­kan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpd­nya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. peng­hutang orang yg berhutang (kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Utang (hutang) biduk belum langsai,
     utang (hutang) pengayuh datang pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mortgage debthutang dicagarEkonomiEkonomi IslamHutang yang diterima oleh penggadai daripada pegadai. Penggadai perlu menyerahkan barang gadaian sebagai cagaran untuk jaminan hutang tersebut. Hutang berkenaan mesti dinyatakan jumlahnya dan tarikh bayaran semula. Barang gadaian pula mesti diketahui jenis dan nilainya. Hutang tersebut mestilah hutang yang telah disabit dari segi hukum syarak.
ibra’pengguguran hutangPerniagaan IslamTiadaTindakan pelepasan hutang atau hak kepada penghutang atau penjamin sama ada pelepasan semua hutang atau hak, atau sebahagian hutang atau hak sahaja. Contohnya, pemiutang berkata “Saya gugurkan hutang awak”, maka gugurlah hutang dan pemiutang tidak ada hak menuntut hutang. Sekiranya tindakan pelepasan atau pengguguran hutang itu diberikan kepada penjamin sahaja, maka penghutang tidak terlepas daripada tanggungan hak pemiutang.
amortization of debtpelunasan hutangEkonomiEkonomi IslamPembayaran balik hutang kepada pemberi hutang. Pembayaran boleh dilakukan melalui beberapa cara, iaitu pertama, bayaran ansuran prinsipal dan keuntungan sepanjang hayat hutang. Kedua, pembayaran sekali gus sebelum tamat tempoh hutang. Sekiranya si berhutang gagal melunaskan hutang, pemiutang boleh mengenakan penalti, memanjangkan hayat hutang atau ibra’.
multipawnerberbilang penggadaiEkonomiEkonomi IslamBeberapa individu yang bersama-sama menggadaikan barang masing-masing untuk menjamin hutang tertentu. Hutang yang dijamin boleh berupa hutang penggadai atau hutang orang lain. Para penggadai boleh mencagarkan barang milik bersama, beberapa barang milik persendirian atau barang milik orang lain.
kafalah bil daynjaminan hutangPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan.
ada’ daynmelaksana hutangPerniagaan IslamTiadaPerihal menunaikan atau melangsaikan hutang sama ada hutang pinjaman, jual beli atau denda. Pelangsaian hutang boleh dilakukan oleh penghutang sendiri atau pihak lain. Sinonim wafa’ al-dayn.
debt collectionpemungutan hutang; pungutan hutangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Islamic debt securitizatianpensekuritian hutang IslamEkonomiEkonomi IslamProses penerbitan sekuriti bersandarkan hutang yang mempunyai aliran tunai berkala. Dalam pensekuritian ini, pihak pemberi hutang akan menjual hutangnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan mudah tunai segera. Pihak ketiga pula akan mengeluarkan sekuriti sendiri untuk mendapatkan dana bagi tujuan membeli hutang tersebut daripada pemberi hutang. Akad muawadhat digunakan bagi urus niaga antara pemberi hutang dengan pengeluar sekuriti (pihak ketiga) dan akad qardul hasan atau akad murabahah pula digunakan bagi urus niaga antara pemberi hutang (pihak kedua) dengan si berhutang (pihak pertama).
prompt paymentpencepatan bayaran hutangEkonomiEkonomi IslamPengurangan jumlah bayaran hutang yang disebabkan oleh pembayaran hutang yang dilakukan lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Pengurangan ini diberikan sebagai galakan supaya individu yang berhutang melunaskan hutangnya secepat mungkin. Tindakan ini membolehkan pemberi hutang mendapatkan semula wangnya lebih awal manakala individu yang berhutang pula mendapat pengurangan jumlah bayaran balik hutang. Jumlah pengurangan atau potongan boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi hutang Islam di bawah klausa ibra’.
debt instrumentinstrumen hutangEkonomiEkonomi IslamSebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan hutang terhadap pengeluar dokumen tersebut. Instrumen hutang dikenali juga sebagai sekuriti, walaupun kadangkala sekuriti merujuk kepada alat hutang yang mempunyai tempoh matang yang panjang. Contohnya, bil, bon atau nota yang dikeluarkan oleh kerajaan dan swasta. Apabila instrumen ini diurusniagakan mengikut prinsip syariah seperti murabahah dan bai‘ bithaman ajil, instrumen ini dikenali sebagai instrumen hutang Islam.
12345678910...

Kembali ke atas