Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pertandingan E-sukan 2.Pertandingan e-Sukan 3.Pertandingan E-Sukan yang manakah yang betul terima kasih

Ejaan perkataan e-sukan (menggunakan huruf kecil atau besar) mengikut konteks seperti berikut:

(1) Penggunaaan perkataan e-sukan digunakan sebagai tajuk/ kata nama khas: 
     
Pertandingan E-sukan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

DBP menganjurkan E-sukan DBP buat julung-julung kalinya....

(2) Penggunaan umum dalam ayat:

Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan e-sukan akan menjadi sukan rasmi pada Sukan Asia 2022. 


Ejaan19.09.2023
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara?Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

ritual
kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan:
Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual.

kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik.

upacara
kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan;
2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan;
3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu.
4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung.

Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut.
Lain-lain17.07.2023

Kembali ke atas