Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dll; berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun temantemannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain, kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali persaudaraan yg berpanjangan; ziarahan kunjungan, lawatan; penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu; peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb); penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkunjungan ke sesuatu tempat. berziarah berkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat: Semasa di Madinah, mereka ~ ke makam Nabi Muhammad SAW. menziarahi mengunjungi sesuatu tempat atau mengunjungi seseorang; pergi melawat: Anaknya pergi ~ kawan-kawannya di bandar. penziarahan perbuatan atau hal menziarahi. penziarah orang yg menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ziarah (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kunjung, lawat, tengok, jenguk, jengah;,
Kata Terbitan : berziarah, menziarahi, ziarahan, penziarah,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ziarah bahasa tingkatkan persefahamanZasran AbdullahJendela Sarawak1 December 2007
ZiarahSha'ari A.B.Dewan Sastera1 August 2002
Ziarah IzrailNisah Haji HaronDewan Sastera1 November 2000
Ziarah TerakhirTiadaDewan Pelajar1 August 1973
ZiarahNovita, Ita DianHorison1 December 2006
Ziarah tersirat penuh rahsiaRamli SaripDewan Budaya1 December 2006
Ziarah kubur tidak semestinya pada hari rayaMohd Sukki OthmanDewan Agama & Falsafah1 October 2006
ZiarahS. Saiful RahimIbu1 January 2003
ZiarahAbdullah Haji IdrisBahana1 September 1996
ZiarahMokhtar YassinPerisa: jurnal puisi Melayu, jil.3,19951 January 1995
123

Kembali ke atas