Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dll; berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun temantemannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain, kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali persaudaraan yg berpanjangan; ziarahan kunjungan, lawatan; penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu; peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb); penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkunjungan ke sesuatu tempat. berziarah berkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat: Semasa di Madinah, mereka ~ ke makam Nabi Muhammad SAW. menziarahi mengunjungi sesuatu tempat atau mengunjungi seseorang; pergi melawat: Anaknya pergi ~ kawan-kawannya di bandar. penziarahan perbuatan atau hal menziarahi. penziarah orang yg menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ziarah (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kunjung, lawat, tengok, jenguk, jengah;,
Kata Terbitan : berziarah, menziarahi, ziarahan, penziarah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu?Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. Lain-lain20.03.2008
Semua rakyat Malaysia diseru supaya ziarah-menziarahi pada musim perayaan. Adakah soalan ini betul?Ayat tersebut kurang jelas.  Perkataan "supaya" dalam ayat  hendaklah menerangkan maksud ayat sebelumnya.  Ayat tersebut sepatutnya, "Semua rakyat Malaysia digalakkan ziarah-menziarahi untuk memupuk tali persaudaraan yang berpanjangan".Tatabahasa01.03.2010
salam sejahtera, adakah pihak DBP mempunyai aktiviti atau program yang memerlukan penglibatan seperti guru. contohnya ziarah bahasa atau sebagainya. adakah pihak DBP memerlukan sukarelawan? jika ada bagaimana untuk mendaftar kerana saya berminatsalam puan budiman,

Sukarelawan DBP

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana berminat untuk menjadi sukarelawan DBP.

Untuk makluman puan, pada masa ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka belum memerlukan perkhidmatan sukarelawan. Walau bagaimanapun, pihak kami mungkin memerlukan bantuan tersebut untuk penganjuran aktiviti/program pada masa akan datang.

Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk memberikan maklumat seperti di bawah, bagi tujuan dokumentasi:

Nama:
Alamat:
pekerjaan:
No. telefon:
Alamat E-mel:

Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Lain-lain19.02.2020
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012
Mohon semakan bagi penggunaan perkataan signboard syarikat kami..sebelum tempahan dibuat....

Berdasarkan visual iklan yang dilampirkan, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dilaksanakan, iaitu:

1.Betulkan teks dan pindahkan kedudukan di bawah nama syarikat yang berdaftar dengan SSM: ZIARAH, HAJI DAN UMRAH

2.Potong latar belakang yang tidak berkaitan dan kekalkan visual iklan sahaja

3.Masukkan titik: SDN. BHD.

Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.

Lain-lain11.12.2023

Kembali ke atas