Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dll; berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun temantemannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain, kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali persaudaraan yg berpanjangan; ziarahan kunjungan, lawatan; penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu; peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb); penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkunjungan ke sesuatu tempat. berziarah berkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat: Semasa di Madinah, mereka ~ ke makam Nabi Muhammad SAW. menziarahi mengunjungi sesuatu tempat atau mengunjungi seseorang; pergi melawat: Anaknya pergi ~ kawan-kawannya di bandar. penziarahan perbuatan atau hal menziarahi. penziarah orang yg menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ziarah (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kunjung, lawat, tengok, jenguk, jengah;,
Kata Terbitan : berziarah, menziarahi, ziarahan, penziarah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZIARAH,ZIARAH,  novel karya Iwan Simatupang.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1969 oleh Penerbit Djambatan, di Jakarta, Indonesia.  Ziarah pernah mendapat Hadiah harapan pada sayembara UNESCO yang dianjurkan oleh Ikatan Penerbitan Indonesia dan hadiah Sastera ASEAN 1977.SASTERAAdat
PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN

PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah.  Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform.  Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya.  Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok.  Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas