Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. lawatan, kunjungan: setelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; 2. perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dll; berziarah 1. berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dll): beliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; 2. berkunjung ke rumah (tempat dll): seorang pun temantemannya tidak ada lagi yg sudi ~ kepadanya; menziarahi 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; ziarah-menziarahi saling menziarahi antara satu dgn yg lain, kunjung-mengunjungi: ~ sangat digalakkan utk memupuk tali persaudaraan yg berpanjangan; ziarahan kunjungan, lawatan; penziarahan perihal menziarahi seseorang atau sesuatu; peziarahan tempat yg dikunjungi orang (keramat, kuburan, dsb); penziarah orang yg menziarahi seseorang atau sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkunjungan ke sesuatu tempat. berziarah berkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat: Semasa di Madinah, mereka ~ ke makam Nabi Muhammad SAW. menziarahi mengunjungi sesuatu tempat atau mengunjungi seseorang; pergi melawat: Anaknya pergi ~ kawan-kawannya di bandar. penziarahan perbuatan atau hal menziarahi. penziarah orang yg menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ziarah (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kunjung, lawat, tengok, jenguk, jengah;,
Kata Terbitan : berziarah, menziarahi, ziarahan, penziarah,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ziarah bahasa mantapkan hubungan DBP-PBTTiadaUtusan Borneo20.02.2009
Ziarah Jawi berakhir diSerembanMatlobUtusan Melayu15.09.2008
ZiarahWadi Leta S.A.Mingguan Malaysia15.03.2009
Ziarah Syawal modenRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian16.10.2008
Ziarah mesra (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia29.08.2007
Ziarah RinduHusna NazriBerita Minggu10.12.2006
ZiarahMuhammad Saleh RahmadMingguan Islam14.02.1986
Ziarah 1Heezar YaseerMinguan Wanita17.06.1988
"Ziarah" bersama segala kekonjolan Iwan Simatupang?Ks, BambangHarian Kompas09.08.1972
ZiarahZainal ABerita Minggu24.11.1991
12345

Kembali ke atas