webcentric | websentrik | Teknologi Maklumat | Tiada | Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan web khususnya idea perniagaan atau atur cara perisian. Biasanya syarikat yang berkaitan dengan web disebut sebagai netsentrik manakala aplikasi web atau idea perniagaan yang berkaitan dengan web sebagai websentrik. Lihat juga netsentrik |
learning experience (LX) | pengalaman pembelajaran (LX) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum. |
rally Robin | giliran Robin | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan murid-murid secara berpasangan dan bergilir memberikan maklum balas tentang suatu perkara secara lisan. Kata Robin merujuk kepada apa-apa sahaja yang berbentuk bulat. |
conceit | angkuh | Kesusasteraan | Tiada | 1. Apa sahaja yang terbentuk atau tergambar dalam fikiran.,2. Berkaitan dengan kepintaran intelek sebagaimana yang dapat dilihat dalam penyair puisi metafizika. |
busker | penghibur jalanan | Muzik | Tiada | Apa sahaja bentuk persembahan secara solo atau kumpulan di tempat terbuka untuk mendapatkan sumbangan wang secara sukarela daripada khalayak. |
blockade | sekatan | Undang-undang | Tiada | 1. Apa sahaja yang menghalang akses atau kemaraan.,2. Tindakan ketenteraan yang melibatkan pengepungan atau pengasingan sesebuah negara atau tempat dengan menghalang segala hubungan dengan dunia luar untuk melemahkan musuh. |
ad infinitum | tak sut | Sejarah | Tiada | Sesuatu atau apa sahaja yang tidak mempunyai akhir, had atau batas tertentu. |
narrative | kisah | Kesusasteraan | Tiada | Kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. |
hypercritical | hiperkritis | Komunikasi | Tiada | Sikap yang keterlaluan semasa mengkritik terhadap apa sahaja bahan yang dibaca, ditonton, didengar dan sebagainya. |
background | latar belakang; latar | Sejarah | Tiada | 4.. Peristiwa, keadaan, idea atau apa sahaja yang berlaku atau wujud sebelum sesuatu fenomena yang menjadi catatan sejarah terjadi. |