Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balancingpengimbanganMekanikGunaan1. (bagi jasad yang berputar) Proses penambahan jisim pada aci yang berputar supaya daya empar yang bertindak pada aci itu berimbang. Daya empar tak terimbang yang bertindak pada aci adalah disebabkan kesan putaran jisim sipi yang berada pada aci berkenaan. Apabila jisim sipi itu berputar, jisim itu ditindak oleh daya memusat, dan tindak balas aci terhadap daya memusat itu merupakan daya empar yang bertindak untuk menyebabkan aci itu melentur dan bergetar. Pengimbangan bererti menambahkan jisim yang akan menghasilkan daya empar yang sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan daya empar yang asal. Dalam keadaan terimbang, galas aci berkenaan bebas daripada tindakan sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem jisim yang berputar boleh diimbangkan asal sahaja jisim pengimbang boleh ditempatkan pada sekurang-kurangnya dua satah yang berlainan. Lihat juga keseimbangan statik, keseimbangan dinamik. 2. (bagi jasad yang mengalami gerakan sorong tarik) Proses penambahan jisim pada aci engkol yang berkenaan supaya daya yang bertindak (pada jasad yang bergerak secara sorong tarik) pada arah garis lejang berimbang. Keseimbangan yang lain daripada itu sukar dicapai.
immediate denturedentur serta mertaPerubatanTiadaDentur yang dibina untuk dipasangkan sebaik sahaja gigi asal dicabut.
cold sitetapak sejukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTapak sandaran yang mempunyai kelengkapan yang minimum berbanding tapak asal. Tapak ini bukan sahaja tidak mengandungi salinan data dan maklumat sandaran tetapi juga tidak mengandungi perkakasan dan sistem rangkaian yang sedia beroperasi. Hal ini menjadikan kos penyediaan tapak sejuk adalah lebih murah berbanding kos penyediaan tapak panas bagi sesebuah organisasi. Kekurangan kelengkapan dalam tapak sejuk menyebabkan tapak ini memerlukan masa yang agak lama untuk beroperasi pada kapasiti yang sebenar jika berlaku sebarang gangguan pada tapak asal. Kelewatan ini berlaku kerana sesebuah organisasi yang terlibat perlu menyediakan prasarana pengkomputeran seperti perkakasan rangkaian komputer dan pita sandaran. Banding tapak panas.
metamorphic rockbatuan metamorfKimiaTiadaBatuan yang trbentuk hasil daripada tindakan metamorfisme ke atas bantuan yang telah sedia wujud. Faktor yang terpenting dalam proses metamorfisme itu ialah tekanan dan suhu. Batuan asal mungkin sahaja batuan sedimen, batuan igneus atau batuan metamorf. Batuan metamorf yang terletak berbeza-beza bergantung pada keamatan suhu dan tekanan yang bertindak ke atas batuan asal tersebut.
metamorphic rockbatuan metamorfKejuruteraanPetroleumBatuan yang trbentuk hasil daripada tindakan metamorfisme ke atas bantuan yang telah sedia wujud. Faktor yang terpenting dalam proses metamorfisme itu ialah tekanan dan suhu. Batuan asal mungkin sahaja batuan sedimen, batuan igneus atau batuan metamorf. Batuan metamorf yang terletak berbeza-beza bergantung pada keamatan suhu dan tekanan yang bertindak ke atas batuan asal tersebut.
organic originasal mula organikKejuruteraanPetroleumKonsep yang membawa pengertian bahawa minyak mentah/gas asli adalah terjadi daripada hasil perubahan ke atas zat organisme yang telah tertimbus bersama-sama dengan sedimen. Organisme itu mungkin sahaja haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Perubahan berlaku secara semulajadi akibat tindakan suhu, bakteria atau lain-lain.
supranationalismsupranasionalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya.
dental prosthesisprostesis pergigianPerubatanTiadaAplians pergigian untuk menggantikan organ atau tisu yang telah tiada, berfungsi seperti asal atau hanya untuk kecantikan sahaja.
pirated softwareperisian cetak rompakTeknologi MaklumatTiadaPerisian bukan asal yang disalin, diedarkan atau digunakan tanpa kebenaran dan melanggar terma dan syarat lesen penggunaan. Lazimnya pembeli dibekalkan dengan nombor siri untuk memasang perisian pada satu sistem komputer sahaja. Penggunaan perisian cetak rompak adalah salah di sisi undang- undang dan boleh didakwa di mahkamah.
pirated softwareperisian cetak rompakTeknologi MaklumatTiadaPerisian bukan asal yang disalin, diedarkan atau digunakan tanpa kebenaran dan melanggar terma dan syarat lesen penggunaan. Lazimnya pembeli dibekalkan dengan nombor siri untuk memasang perisian pada satu sistem komputer sahaja. Penggunaan perisian cetak rompak adalah salah di sisi undang- undang dan boleh didakwa di mahkamah.
123

Kembali ke atas