Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
merujuk jawapan tentang pengggunaan istilah pecahan, adakah perbezaan untuk masa dan kilogram sahaja? bagaimana pula dengan jarak dan ukuran, adakah satu setengah kilometer atau satu kilometer setengah?Dalam hal ini urutan yang betul ialah ukuran dan dikuti dengan unit, seperti: satu setengah kilometerTatabahasa06.07.2009
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'dari'. Saya dimaklumkan ia adalah untuk merujuk pada 'tempat' dan 'masa' sahaja. Bagaimana dengan 'aspek' (contoh: dari aspek ), 'perspektif' dan 'sudut' (merujuk pada pandangan)? Saya dapati banyak tulisan yang memadankan perkataan2 tersebut dengan 'dari'. Adakah ini betul atau kita patut menggunakan 'daripada'? Seperkara lagi perkataan 'di mana' adakah ia tidak boleh digunakan di tengah2 ayat kerana kebanyakan tulisan dalam Bahasa Inggeris menggunakan 'where' dalam teks mereka.Aspek dan sudut juga merujuk tempat, oleh itu kata sendi nama yang digunakan ialah dari. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 268.Tatabahasa13.05.2010
1.Apakah padanan yang sesuai untuk kata roll-call 2. Kata ganti nama ia dalam tatabahasa dewan sek.rendah hanya merujuk makna orang sahaja. Bagaimana pula penggunaannya dalam Tatabahasa dewan terkini yang boleh merujuk orang, haiwan, benda?

1. Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah roll- call ialah panggilan nama.

2. Buku Tatabahasa Dewan yang diguna pakai sekarang (DBP tahun 2008) mengkategorikan kata ‘ia’ sebgai kata ganti diri orang ketiga, halaman 104.
Tatabahasa28.05.2014
Saya ingin melakukan kajian data korpus dan memerlukan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa keluaran sepanjang tahun 2008 atau enam bulan pertama tahun 2009. Carian perkataan bagi data korpus secara online setakat ini hanya memaparkan dapatan sehingga tahun 2005 sahaja. Bagaimana saya boleh mendapatkan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa yang terkini?Terima kasih atas minat sdr. dalam kajian seumpama ini. Buat masa ini, data Majalah Dewan Bahasa yang ada di dalam pangkalan data kami ialah Dewan Bahasa Januari-Disember 1988 dan Julai-Oktober 2002 sahaja dan data ini belum dipindahkan ke sistem korpus dalam talian DBP.

Ini bermakna sdr belum dapat mencapai dan memproses data ini melalui laman Web DBP. Oleh yang demikian, sekiranya sdr. berhasrat untuk menggunakan data yang ada, sila hubungi Puan Norhafizah Mohamed Husin hafizah@dbp.gov.my, Bahagian Penyelidikan Bahasa, untuk urusan lanjut. Terima kasih.

Lain-lain19.07.2009
BAGAIMANA MEMBEZAKAN PENGGUNAAN MeN... kan dengan MeN..... i Kedua, Bagaimana membezakan penggunaan didalam dengan dalamm sahaja

Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 - 207. 

"Dalam" ialah kata sendi nama yang juga dapat berfungsi sebagai kata arah. Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal dan sebagainya. Contoh ayat:  Karya tersebut hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.  Sebagai kata arah "dalam" akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam.  Contoh ayat: Mereka mengadakan mesyuarat di dalam bilik gerakan.

Tatabahasa23.03.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'Nabi', jika Nabi Muhammad, Nabi Nuh, menggunakan huruf besar untuk perkataan Nabi. Bagaimana pula jika 'nabi' sahaja, nabi atau Nabi (penggunaan dalam ayat).Waalaikumsalam,
Jika perkataan "nabi" sahaja, penggunaan dalam ayat ialah huruf kecil.
Tatabahasa12.12.2014
pengggunaan perkataan 'tuan' di dalam surat merujuk kepada lelaki sahaja atau umum? bagaimana kalau penerima surat perempuan sudah berkahwin atau belum berkahwin?Dalam penulisan surat rasmi, tuan merujuk kepada lelaki dan puan merujuk wanita yang sudah berkahwin ataupun belum.Tatabahasa07.11.2008
Assalamualikum, Tumpang tanya, bagaimana saya boleh dapatkan senarai kata majmuk Bahasa Melayu. Adakah pihak DBP mempunyai sejenis korpus khas untuk kata majmuk sahaja. Jika korpus begini wujud, bagaimana untuk mengeksesnya. Terima kasih.Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur yang lain. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk besar jumlahnya, dan DBP tidak mempunyai korpus khas untuk kata majmuk sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72-76.Ejaan04.07.2014
Merujuk kepada soalan saya yang sebelum ini, boleh tak tuan/puan terangkan bagaimana ayat yg pertama boleh menjadi ayat tunggal sedangkan ada perkataan untuk. Manakala bagaimana pula ayat kedua boleh menjadi ayat majmuk? Bagaimana cara saya hendak menerangkan kepada murid agar mereka faham?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

 Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek  dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN)  manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan"  berfungsi sebagai keterangan.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal.
Tatabahasa19.05.2013
bagaimana penggunaan gelaran dr. dalam penulisan kehadiran minit.. adakah ditulis tuan dr. atau dr. sahaja. mohon penjelasan.terima kasihDalam penulisan kehadiran minit mesyuarat, gelaran "doktor" cukup ditulis dangan "Dr." sahaja.Lain-lain19.04.2016
12345678910...

Kembali ke atas