Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
CD-ROM XACD-ROM XATeknologi MaklumatTiadaAkronim untuk cakera padat-ingatan baca sahaja senibina diperluas. Format CD-ROM yang membolehkan audio/muzik berselang seli atau bergabung dengan data. Dengan perkataan lain, piawaian ini mentakrifkan bagaimana audio, imej dan data disimpan di dalam cakera CD-ROM untuk membenarkan bunyi dan video dicapai pada masa yang sama. Format ini dibangunkan oleh Philips, Sony dan Microsoft.
CD-ROM XACD-ROM XATeknologi MaklumatTiadaAkronim untuk cakera padat-ingatan baca sahaja senibina diperluas. Format CD-ROM yang membolehkan audio/muzik berselang seli atau bergabung dengan data. Dengan perkataan lain, piawaian ini mentakrifkan bagaimana audio, imej dan data disimpan di dalam cakera CD-ROM untuk membenarkan bunyi dan video dicapai pada masa yang sama. Format ini dibangunkan oleh Philips, Sony dan Microsoft.
programme managementpengurusan programPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah bagaimana sesuatu program ditadbir, diurus dan dikawalselia supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pelbagai pihak terlibat dalam pengurusan program, bermula daripada pihak perancang, bahagian kewangan, pelaksana dan bahagian pemantauan program. Pengurusan program yang berkesan bukan sahaja dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan, malah daya saing dan kemantapan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, pengurusan program sentiasa berhadapan dengan risiko kerugian sekiranya tidak ditangani dan dikawal dengan rapi dan sempurna.

biographical criticismkritikan biografiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya.
power politicspolitik kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana.

Kembali ke atas