Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.?Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan.Tatabahasa25.02.2013
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya.

1) Perang Badar ialah kata nama khas.

2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar.

3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul.

Tatabahasa29.11.2011
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar.

3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak.

4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 

5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul.

Tatabahasa07.12.2009

Kembali ke atas