Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flush productionpengeluaran pancurKejuruteraanPetroleumKadar alir aliran minyak yang tinggi dari telaga yang baru sahaja memasuki masa pengeluarannya selepas selesai mengalami proses penggerudian dan pelengkapan.
fresh run fishikan baru hijrahPerikananTiadaIkan jenis anadromus yang baru sahaja meninggalkan laut dan memasuki sungai untuk bertelur. Contohnya, ikan terubuk dan salmon. Lihat juga anadromus.
zone of annuluszon anulusKejuruteraanPetroleumZon di sekitar lubang gerudi pada bahagian formasi yang wujud antara zon yang terserbu oleh turasan lumpur dengan zon yang tak terganggu. Zon ini wujud secara sementara sahaja terutama pada masa formasi sedang atau baru sahaja digerudi. Jika formasi telah sedia kala mengandungi minyak, zon ini dicirikan oleh nilai keberintangan yang secara menonjol lebih rendah daripada nilai keberintangan yang sepatutnya, iaitu jika dibandingkan dengan nilai keberintangan zon yang terserbu atau zon yang tak terganggu. Dalam zon ini dianggap wujud persimpangan bendalir antara minyak, air formasi dan turasan lumpur. Apabila zon ini menghilang atau tidak lagi wujud, zon yang terserbu dengan zon yang tak terganggu akan bercantum.
millisecond pulsarspulsar milisaatMatematikTiadaJenis pulsar yang menghasilkan denyut yang kalanya beberapa milisaat sahaja, yang baru dapat dikesan.
dead timemasa matiKejuruteraanTiada1. Tempoh bagi sesuatu peranti elektrik menjadi tidak peka terhadap impuls atau rangsangan baru sebaik sahaja menerima impuls atau ransangan sebelumnya.
insensitive timemasa tak pekaKejuruteraanTiadaTempoh bagi sesuatu peranti elektrik menjadi tidak peka terhadap input atau rangsangan baru sebaik sahaja menerima input atau rangsangan sebelumnya.
dead timemasa matiKejuruteraanTiada1. Tempoh bagi sesuatu peranti elektrik menjadi tidak peka terhadap impuls atau rangsangan baru sebaik sahaja menerima impuls atau ransangan sebelumnya.
rights offeringtawaran hakPentadbiran PerniagaanTiadaPenawaran terbitan baru untuk dilanggan oleh pemegang saham berkenaan sahaja pada harga dan nisbah tertentu.
AC soiltanah ACBiologiEkologiTanah dengan profil yang tidak lengkap. Tanah jenis ini mengandungi horizon A dan C sahaja tanpa horizon B. Biasanya tanah ini merupakan tanah baru, seperti tanah yang berkembang daripada aluvium lanar.
ministerial reshufflerombakan kementerianPentadbiranPentadbiran Awam

Penyusunan semula kementerian dan kabinet yang dilakukan oleh ketua kerajaan untuk tujuan tertentu bagi menyuntik semangat kerja yang lebih kukuh, pemantapan pentadbiran negara dan bagi mengisi kekosongan portfolio. Rombakan ini bukan sahaja melibatkan pelantikan ahli yang baru tetapi juga pembentukan kementerian atau dasar baru yang dipercayai boleh memantapkan lagi pentadbiran negara. Dalam konteks negara Malaysia Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam rombakan kabinet dan kementerian.

12

Kembali ke atas