Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bawang kecil yg berwarna putih dan kuat baunya, Allium sativum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj bawang yg berbau kuat dan berwarna putih, Allium sativum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"?1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang.
2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. 
Tatabahasa26.08.2021
salam sejahtera. Mohon pencerahan daripada pihak dbp berkenaan penjodh bilangan "sekawan". 1.Bolehkah kita menggunakan sekawan bawang (bawang merah, bawang putih,bawang besar) jika berkumpul menjadi satu? 2. penggunaan "empat sekawan bunga cengkih" adakah penggunaan ayat ini betul. kerana saya selalu mendengar tukang masak menyebutnya semasa memberi tunjuk ajar memasak. 3. Apakah penjodoh bilangan bagi "bunga cengkih"?1. Penjodoh bilangan yang betul ialah selabu bawang.
2. Yang selalu ditemukan ialah rempah empat sekawan/empat sekawan rempah, iaitu bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
3. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi bunga cengkih ialah kuntum. 
Tatabahasa24.09.2021
Saya ingin bertanya sama ada buku Bawang Putih Bawang Merah oleh Rubaidin Siwar (terbitan DBP, 1980, 2002) masih dalam jualan? Atau ada naskhah lama yang boleh saya beli?Tuan boleh melayari laman https://dbpniaga.my/contact-us untuk pertanyaan dan pembelian buku terbitan DBP.Lain-lain02.09.2019
Apakah penjodoh bilangan untuk bawang putih ie a bulb of garlic. Bolehkan perkataan 'bancuh' digunakan dalam konteks terbitan buku. Misalnya, bancuh tepung jagung dengan air. Terima kasihPenjodoh bilangan yang sesuai ialah seulas (dalam bentuk ulas) atau selabu bawang putih. Perkataan "bancuh" boleh digunakan dalam konteks rasmi termasuklah dalam bidang penerbitan.Tatabahasa02.10.2009
Emak ke pasar membeli berkilo-kilo bawang merah dan bawang putih untuk keperluan harian. mUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI? TERIMA KASIH ATAS NASIHAT TUAN.Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa11.06.2012
Selamat sejahtera. Bolehkah saya tahu sama ada llabu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan? Terdapat dua _______ bawang putih yang belum dihiris. Adakah ayat berikut betul ? Ahmad seorang diri berjalan kaki ke sekolah. Terima kasih.Labu boleh digunakan untuk penjodoh bilangan bawang. Ayat "Ahmad seorang diri berjalan kaki ke sekolah" adalah betul.Tatabahasa18.07.2006
Bolehkah penjodoh bilangan "LABU" digunakan untuk bawang besar?

Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih. Penggunaan penjodoh bilangan labu ini sama seperti penjodoh bilangan pucuk untuk surat (surat pada zaman dahulu dilipat dalam bentuk meruncing) dan kaki untuk payung, iaitu melihat kepada bentuk fizikal sesuatu benda.

Tatabahasa04.05.2011
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013
Dalam resipi masakan tertentu ada bahan-bahan yang dipanggil sebagai "awas" atau "awas-awas" atau "hawas". mohon penjelasan bagi istilah/frasa ini.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “awas” yang dirujuk sebagai dialek Kelantan dan Perak bermaksud bahan-bahan seperti bawang, lada, asam dan rempah yang diperlukan untuk memasak lauk pauk atau nasi selain nasi putih. Perkataan "awas-awas" dan "hawas" mungkin telah mengalami perubahan bunyi sebutan mengikut dialek.

Makna15.11.2021

Kembali ke atas