Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Sayang belatuk raja burung,
     Hinggap di atas pokok selasih;
Lama sudah dendam berkurung,
     Belum bertemu pada kekasih.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freshsegar; bersih; baharuPentadbiran PerniagaanTiada1. Segar: Sesuatu yang baru dikeluarkan, baru tiba atau baru dipetik.,2. Bersih: Sesuatu yang tidak kotor atau dicemar.,3. Baharu: Sesuatu yang tidak buruk, lusuh, kumal dan sebagainya, belum pernah atau belum lama dipakai atau terpelihara dengan baik.
high molecular weight DNADNA berjisim molekul tinggiSains ForensikTiadaSerpihan DNA besar yang belum terurai dengan banyaknya oleh tindakan fizikal atau kimia. Kualiti sampel DNA, contohnya dari tompokan darah akan menurun sekiranya ia terdedah terlalu lama kepada sinaran ultraungu, haba atau kelembapan akibat penguraian serpihan DNA berjisim besar ini kepada serpihan kecil. Forensik DNA pada peringkat awal (1985–1995) menganalisis tandem ulangan bilangan berubah (VNTR) pada intron yang merupakan jujukan ulangan nukleotida yang agak panjang dan oleh itu, memerlukan sumber DNA berjisim molekul tinggi untuk menjana profil DNA yang lengkap. Teknologi VNTR telah digantikan dengan teknologi ulangan tandem pendek (STR) pada tahun 1995 yang lebih rintang kepada kesan degradasi DNA. Lihat juga intron.
colonial administrationpentadbiran penjajahPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan sesebuah negara yang dikuasai dan diterajui oleh kuasa asing bagi mengenakan dasar kolonialisme dan imperialisme mereka. Pada suatu ketika dahulu, pentadbiran penjajah berlaku ke atas negara-negara kecil yang belum mencapai kemerdekaan. Pentadbiran penjajah bertujuan untuk mengeksploitasi sumber hasil bumi yang terdapat di negara yang dijajah. Sebagai contoh, Tanah Melayu telah ditadbir oleh pihak penjajah Inggeris buat sekian lama telah banyak meninggalkan kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara sistem pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu ialah Sistem Residen, Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pelaksanaan Dasar Pecah dan Perintah.


Kembali ke atas