Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha/] | برحق

Definisi : mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembali­kan kpd yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha/] | برحق

Definisi : mempunyai hak atas sesuatu: Dia ~ mewarisi harta peninggalan bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Yang mana penggunaan kata ganti nama (ia/dia)yang betul (1)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. (2)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. Sekian, terima kasihPenggunaan yang betul ialah "Majlis itu berhak bertindak dengan sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikut nasihat sesiapa."Lain-lain13.06.2022
Salam sejahtera Tuan, Boleh saya tanya mana satu yang berikut betul dan apakah sebabnya? 1a. Polis berhak untuk mengambil tindakan. 1b. Polis berhak mengambil tindakan. 2a. Budak itu bermain dengan permainan berkomputer. 2b. Budak itu bermain permainan berkomputer. Mohon Tuan memberikan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Kata sendi "untuk" digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama.

Kata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang bermaksud bersama-sama atau beserta, membawa maksud cara sesuatu dilakukan, membawa maksud memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa.

Oleh itu ayat yang betul ialah, "Polis berhak mengambil tindakan." dan " Budak itu bemain permainan komputer".

Tatabahasa01.05.2013
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu".

Tatabahasa12.12.2011
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama  Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali".  Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
Istilah21.03.2017
Pada pandangan kami, selagi pihak Pejabat Tanah dapat memastikan daripada rekod Tuan bahawa pihak yang memohon kepada geran dan dokumen-dokumen tersebut adalah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut, maka terserahlah kepada budi bicara Tuan pendaftar untuk membenarkan geran tersebut dilepaskan kepada pihak yang berkenaan. Apakah ayat/perkataan yang sesuai untuk diganti selain dari perkataan "terserahlah" dalam ayat diatas.Kami mencadangkan pembetulan ayat seperti di bawah dan perkataan terserahlah boleh digantikan dengan terpulanglah.

Pada pandangan kami, sekiranya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan bahawa pihak yang memohon geran dan dokumen-dokumen tersebut ialah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut berdasarkan rekod tuan, maka terpulanglah kepada budi bicara tuan untuk membenarkan geran tersebut diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
Tatabahasa06.09.2021
Assalamualaikum. Mohon semak: PEMBERITAHUAN SILA LETAK KERETA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TERHADAP KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM Terima kasih.

Waalaikummussalam..

PEMBERITAHUAN:
 
SILA LETAK KENDERAAN ANDA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM.

YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM.

Tatabahasa07.12.2012
Selamat pagi, Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan "seseorang" dengan "seorang"? Cth: Tidak ada seseorang/seorang pun yang berhak mengetepikan keputusan anak tersebut. Sekian, terima kasih.Perkataan seorang digunakan untuk merujuk satu orang atau sendiri, manakala seseorang pula merujuk seorang daripada yang banyak, yang tidak dapat dipastikan. Oleh itu, berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah seorang.Tatabahasa01.06.2021
Adakah Dewan Bahasa sentiasa memantau penggunaan bahasa melayu di dalam akhbar harian samada akhbar perdana atau mingguan. Adakah Dewan Bahasa berhak menegur akhbar ini sekiranya terdapat kesalan bahasa.Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu di bawah unit pemantauan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kecelaruan penggunaan bahasa Melayu sama ada dalam majalah,akhbar dan sebagainya. Dewan Bahasa telah membuat teguran kepada pengamal media yang berkenaan dalam mewujudkan suasana berbahasa yang baik dan berkesan.Berdasarkan akta Dewan bahasa dan pustaka (pindaan dan perluasan)1995, DBP telah diberi tugas dan tanggungjawab termasuk memberi arahan,ulasan,nasihat,bantuan,bimbingan dan latihan dan pengawasan kepada semua pihak demi mendaulatkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain25.07.2007
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkapsekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.07.2008
1234

Kembali ke atas