Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.has.rat] | برحسرت

Definisi : mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap (akan): dia ~ utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.has.rat] | برحسرت

Definisi : ingin akan; berharap akan; mempunyai keinginan yg kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasrat (kata nama)
Bersinonim dengan cita-cita, keinginan, niat, keazaman, harapan, iktikad, aspirasi, kehendak, idaman, impian;,
Kata Terbitan : berhasrat, menghasratkan, terhasrat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planning permissionkebenaran perancanganSosiologiTiadaPersetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pembangunan.
planning permissionkebenaran perancanganLandskapTiadaPersetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti pembangunan.
planning permissionkebenaran merancangPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPersetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalan- kan aktiviti pembangunan.
laypuisi dendangKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.
Oedipus complexkompleks OedipusPsikologiPsikologi UmumKeinginan seksual yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun terhadap ibu bapa. Menurut Freud, keinginan ini wujud pada peringkat falik atau oedipal daripada perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara tidak sedar, mereka berhasrat untuk memiliki ibu atau bapa yang berlawanan jantina dengan mengungkapkan kata-kata seperti �apabila dewasa saya akan berkahwin dengan ibu bapa saya�. Istilah ini diambil sempena nama Raja Legenda Greek, Oedipus yang membunuh bapanya untuk berkahwin dengan ibunya sendiri.
human resource developmentpembangunan sumber manusiaPentadbiranPentadbiran Awam

Pembangunan guna tenaga kerja yang melibatkan berbagai aktiviti seperti latihan, bengkel, penyertaan konferens atau kursus, program peningkatan motivasi dan pembinaan hubungan baik bagi kerja sepasukan yang dilakukan bagi pekerja dalam sesuatu organisasi atau tempat kerja. Semua aktiviti ini berhasrat bagi meningkatkan produktiviti atau perkhidmatan yang baik di samping membina tempat kerja yang selesa dan strategik. Di samping itu tempat kerja yang baik, pemeliharaan kebajikan perkerja, imbuhan yang sewajarnya, hubungan perkerja-majikan yang mesra, serta sistem arahan dan hierarki yang teratur dalam organisasi turut membantu membangunkan sumber manusia ini. Dalam usaha ini pihak sumber manusia organisasi tersebut bertanggungjawab menganjurkan pelbagai aktiviti sedemikian untuk kebaikan masa depan organisasinya.

nominating conventionkonvensyen pencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganPerhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden.
public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

game-palying syndromesindrom main permainanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi.
political environmentenvironmen politikPentadbiranPentadbiran Awam

Keadaan yang mencerminkan kedudukan kestabilan politik dalam sesebuah negara. Keadaan ini melibatkan tingkat keamanan, keselamatan, kedudukan pemerintahan, persaingan yang wujud, kecenderungan berlaku peperangan atau kerjasama, kehadiran unsur yang memecahbelahkan atau tidak, mahupun tingkat integrasi kaum. Persekitaran politik ini turut mengambil kira kekuatan kerajaan yang ada di samping potensi pembangkang merebut kuasa. Faktor sosial dan ekonomi turut memberi pengaruh yang kuat dan menjadi perhatian para pelabur yang ingin menanam modal atau pihak tertentu yang berhasrat menjalankan hubungan kerjasama.

12

Kembali ke atas